Inspirasi Resepi

Tips Mudah Di Dapur

Perkongsian

Makin ramai wanita atau isteri yang memilih kerjaya sebagai surirumah demi kebahagiaan keluarga. Kalau yang sudah biasa dari kecil berjinak-jinak dengan dapur malah seolah-olah menjadikan dapur sebagai bilik kedua selepas bilik tidur, mungkin tiada masalah. Agak bermasalah bagi mereka yang sebelum ini hanya menjadikan dapur sebagai ruangan dicari jika lapar sahaja, itupun sudah siap dihidang. Masih banyak yang perlu dipelajari. Jom kita lihat beberapa tips di bawah.

Bersihkan Buah-Buahan

imageBuah-buahan yang dibeli seperti buah pear, epal dan anggur haruslah dibersihkan dengan teliti sebelum dimakan. Cara membersihkannya mudah saja. Tanggalkan kotoran pada buah dan rendamkan dalam air garam selama 2-3 minit. Cuci dan gosok kulit buah dengan teliti. Bilas buah menggunakan air bersih. Lap buah menggunakan tuala hingga kering dan sedia dinikmati.

Elak Nasi Basi

imageBasuh beras hingga kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa. Ketika menanak nasi, masukkan dua tiga kuntum bunga cengkih dan secubit garam halus. Nasi bukan sahaja berbau harum malah dapat mengelak daripada cepat basi.

Sambal Tumis Lebih Sedap

imageBagaimana menjadikan sambal tumis lebih sedap? Mudah saja, ketika menumbuk bawang, masukkan sedikit belacan bersama gula melaka dan tumbuk sehingga sebati. Apabila menumis, biarkan naik baunya kemudian baru masukkan cili dan masak hingga pecah minyak. Cuba rasa perbezaannya.

Kari Lebih Enak

imageKari hidangan paling enak untuk masakan tengahari. Ada kalanya rempah kari yang dibeli mungkin kurang enak. Bagi menjadikan kari lebih enak, campurkan sedikit ketumbar dan sebiji bawang putih ketika kari menggelegak dan hendak diangkat. Hasilnya kari akan lebih enak dan berperisa.

Elak Strawberi Berair

imageBuah strawberi cepat menjadi lembik dan berair. Cuba petua ini agar strawberi mampu bertahan lebih lama daripada kebiasaannya. Caranya, campurkan air bersama cuka. Kacau sebati. Celup buah strawberi ke dalam bancuhan air cuka. Bilas dengan air bersih dan masukkan ke dalam peti sejuk. Hasilnya buah strawberi akan kekal segar lebih lama.

Walaubagaimanapun, selain tips di atas, ada pelbagai cara lagi mengikut situasi atau tempat masing-masing. Bak kata pepatah, lain padang lain belalang, lain orang lain caranya.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply