Cinta & Perhubungan Fesyen & Gaya Hidup

7 cara terbaik menangani anak keras kepala

Perkongsian

image

Ramai ibubapa pening memikirkan anak yang keras kepala pada setiap hari.  Kejadian yang sering berlaku adalah seperti kanak-kanak memanjat tempat yang tinggi, menyepahkan barang-barang di rumah dan ada juga anak-anak yang degil dengan menyuruh ibubapa membeli barang permainan yang baru dijumpainya dikedai.Lebih ditakuti lagi, banyak ibubapa akhirnya mendengar kata-kata anak mereka sehinggakan anak mengangap itu salah satu cara yang baik untuk membuatkan ibubapa mendengar cakap mereka.

Jom kita baca beberapa tips menarik yang mungkin boleh digunakan dalam menangani anak yang keras kepala.

1. Jangan bercakap dengan kuat dari jauh atau berteriak

Jika kedudukan anak jauh dari anda dan anda ingin memanggil anak anda. Elakkan mengunakan nada suara yang kuat macam nak bagi arahan dekat satu kampung. Cukuplah sekadar anda memanggilnya dengan mesra atau datang kepadanya dengan percakapan yang mesra.

2. Samakan kedudukan muka bile bercakap dengan anak

Rendahkan sedikit muka anda dan lihat matanya. Beritahu apa yang anda inginkan dengan perlahan-lahan.Percayalah yang anak anda akan mendengar cakap anda.

3. Sentuhan yang mesra

Selain bercakap, sentuhan yang mesra juga sangat penting. Apabila anak anda menerima sentuhan dari seorang ibu atau ayah, mereka akan merasakan mereka sangat disayangi disisi anda. Pada ketika itu,apa yang anda hajati akan mudah dilakukan oleh anak anda. Anak anda juga ketika itu akan membuat kerja anda dengan lebih gembira.

marah

4. Ekspresi muka

Berikan exspresi muka yang ceria dan tenang. tidak perlu marah-marah kalau anak anda tidak mendengar cakap anda. Sebaiknya cuba tenangkan diri. Ekspresi muka yang marah tidak memberikan kesan yang elok kepada kanak-kanak.

5. Jangan bertindak ganas atau melakukan kekerasan

Elakan bertindak ganas dengan kanak-kanak seperti memukul jika tidak melakukan suruhan. Jika anda memukul kanak-kanak mungkin memberikan kesan trauma kepada kanak-kanak. Mereka mungkin akan melakukan apa yang disuruh oleh anda tapi mungkin kemesraan kepada mereka akan berkurang.

6. Guna arahan yang jelas

Pastikan berikan arahan yang jelas kepada anak anda. seperti

” Hafiz pergi tidur dalam bilik sebab esok nak sekolah”.

Selalu arahan yang tidak jelas diberikan seperti

” Hafiz nape berselerak rumah nie..”

Anak akan tertanya-tanya dalam hatinya

“ye memang berselerak tapi saya kena wat ape?”

7. Elakkan bercakap “jangan” .

Elakkan atau kurangkan bercakap “jangan”. Anak-anak ini lagi dilarang lagi dibuat. Biarkan saja anak-anak melakukan apa yang dia orang suka kecuali membahayakan mereka. Nanti anak-anak itu akan cepat bosan dan berhenti melakukan perkara tersebut.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply