Semasa Viral

Kejam! Bayi Dicampak Dari Tingkat 18.

Perkongsian

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Bayi adalah kurniaan terindah bagi pasangan suami isteri. Anak yang perlu dijaga dan dilindungi oleh ibu dan ayah.

Flat tempat kejadian bayi dicampak 18 tingkat

Namun, malang nasib seorang bayi yang tidak sempat melihat dunia apabila dia telah dicampak dari tingkat 18 yang pelakunya masih tidak diketahui lagi.

Laman portal Siakap Keli melaporkan, penduduk flat Danau Kota, Setapak hari ini dikejutkan dengan kejadian bayi tidak cukup bulan yang dicampak dari tingkat 18 flat berkenaan.

Bayi perempuan terbabit yang dilahirkan kurang dari tujuh bulan, ditemui oleh penduduk kira-kira jam 9 pagi tadi di tepi longkang flat terbabit.

Lebih memilukan, hasil pemeriksaan telah mengesahkan bayi terbabit dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan masih lagi beruri.

Astro Awani melaporkan, Ketua Polis Wangsa Maju ACP Muhammad Roy Suhaimi Sarif telah mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut beliau juga, polis sudah pun menahan seorang suspek wanita berusia 36 tahun sejurus kejadian.

Difahamkan, wanita terbabit  telah ditinggalkan suaminya sejak dua tahun lalu dan kini menyewa sebuah bilik di salah sebuah unit di flat tersebut.

Wanita yang tidak disebutkan namanya itu tinggal bersama seorang anak perempuannya yang kini berusia lima tahun.

Harian Metro pula melaporkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, bayi perempuan itu ditemui bersama uri dan parah dikepala.

“Hasil siasatan awal mendapati, bayi itu adalah anak kedua suspek dan dicampak dari balkoni rumahnya di tingkat 18.

“Suspek yang juga ejen hartanah ditahan di rumahnya yang dihuni bersama anak perempuannya berusia 5 tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, petang tadi.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply