Cinta & Perhubungan Inspirasi

Lokasi Mempengaruhi Hubungan Cinta Lelaki

Perkongsian

Masa penentu segalanya. Tetapi bila melibatkan perasaan, apatah lagi kewujudan perasaan cinta, soal di mana anda bertemu pasangan itu lebih penting daripada bila masanya anda berjumpa!

Tahukah anda bahawa menurut kajian menunjukkan lokasi di mana anda berjumpa dengan pasangan akan mempengaruhi perjalanan hubungan anda?

Jom kita semak lokasi pertemuan perkenalan pertama dan sejauh mana ia memberi impak kepada hubungan anda.

image

Acara Perniagaan

Menurut pakar psikologi Klinikal Inggeris, Elizabeth Lombardo menyifatkan mereka yang hadir dalam acara perniagaan dilihat boleh menarik seterusnya mengenali personaliti pasangan. Mereka yang berjumpa dalam acara perniagaan lebih profesional, tidak berlebih-lebihan dalam memikat. Cukup sekadar mempelawa minum kopi sambil bersembang.

Program Sukarela

Hampir 40 peratus daripada mereka yang menyertai program sukarela adalah masih bujang. Meluangkan masa dalam program seperti ini memudahkan anda bertemu dengan seseorang yang bercita-cita tinggi dan berfikiran terbuka. Selain itu, menjadi sukarelawan menunjukkan seseorang itu memberikan kegembiraan kepada orang lain. Bukankah wanita yang selalu gembira itu lebih seronok dibawa berdating?

Pasar Sayuran

Bertemu dengan wanita di lokasi ini dikatakan memperlihatkan pengetahuan wanita itu dalam aspek makanan sihat. Ia memberi gambaran dia adalah seorang yang mempunyai tabiat pemakanan seimbang terutamanya jika dia seorang vegetarian.

Kedai Perkakasan

Bertemu dengan wanita di kedai perkakasan bukan bermakna dia mahu menjadi ahli tukang. Selalunya, wanita yang berpengetahuan tentang alat-alat perkakasan ini adalah individu yang gemar melakukan kerja-kerja bertukang sendiri di rumah. Dia boleh jadi seorang yang suka menghias rumah seperti memasang langsir sendiri.

Walaubagaimanapun, tidak semestinya pasangan yang diketemui pada lokasi tertentu hanya mempengaruhi hubungan dengan cara itu sahaja tetapi keutamaannya di situ.

Nampaknya para lelaki bolehlah ke lokasi-lokasi tertentu untuk mencari wanita idaman. Mana tahu, jodoh anda ada di situ!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply