Cinta & Perhubungan Inspirasi Viral

Perjanjian Bakal Pengantin – Perjanjian PraNikah

Perkongsian

Tidak ramai yang mengetahui tentang perjanjian pranikah memandangkan ianya bukanlah satu adat dan keperluan bagi masyarakat Melayu. Tetapi melihat kepada keadaan kini ramai wanita yang dianiaya oleh pihak suami, maka kami berikan anda satu tips perkahwinan yang boleh membantu anda memelihara hak anda walaupun sudah berkahwin.

Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, anda boleh mempertahankan hak anda sebelum berlakunya perkahwinan dengan melakukan perjanjian perkahwinan (perjanjian PraNikah).

wedding_down_bride_groom_dress_fight_64722_3840x2400

Perjanjian dalam perkahwinan adalah satu kaedah di mana pasangan memberikan syarat masing-masing yang dianggap boleh menjaga dirinya apabila sudah berkahwin nanti dalam perjanjian hitam putih. Perjanjian ini dibenarkan dalam Islam dengan syarat kedua-dua pasangan bersetuju dengan syarat yang dikenakan oleh pasangan masing-masing.

Firman Allah Taala di dalam Surah al-Nisa ayat yang bermaksud: Dan jika seorang wanita khuatir akan nusus (atau sikap tidak acuh) dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka), walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kami bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusus), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui yang kamu kerjakan.

Perjanjian ini biasanya dibuat untuk menjamin hak dan kepentingan pihak bakal isteri jika diceraikan, tetapi pihak bakal suami juga boleh membuat syarat yang dia kehendaki. Dan jika kedua-dua pasangan setuju, maka perjanjian tersebut sah dan boleh digunakan.

pranikah1

Syarat perjanjian ini adalah ianya mesti disetemkan dan disaksikan oleh saksi-saksi adil yang boleh dipercayai. Jika salah seorang melanggari syarat perjanjian ini, maka pihak yang menuntut boleh mengadu pada Mahkamah Syariah dan pihak yang melanggar syarat akan dikenakan tindakan.

Contoh syarat yang boleh dikemukan oleh pihak isteri adalah:

  •  Syarat bahawa suaminya tidak akan membawanya pergi dari tempat di mana dia hendak tinggal. Suami hendaklah mematuhi syarat itu. Bagaimanapun, suami itu hanya boleh berbuat demikian dengan persetujuan isterinya.
  • Syarat bahawa dia tidak boleh dipoligamikan atas sebab dia tidak boleh melahirkan anak
  • Syarat bahawa rumah menjadi hak miliknya apabila mereka berkahwin
  • Syarat bahawa jatuh talak ke atasnya jika pihak suami berkahwin lain dengan atau tanpa pengetahuannya

Contoh syarat yang boleh dikemukan oleh pihak suami adalah:

  • Pihak isteri mesti tinggal bersama ibunya selepas berkahwin
  • Pihak isteri hendaklah berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa

Kelebihan Perjanjian Pranikah adalah:

  • Untuk melindungi aset tiap-tiap pasangan
  • Mengurangkan masalah harta setelah bercerai
  • Melindungi hak-hak isteri jika suami berpoligami
  • Menjamin harta-harta yang dimiliki pasangan
  • Membebaskan kewajipan membayar hutang pasangan

Oleh yang demikian, perjanjian yang dibuat oleh seseorang wanita sebelum berkahwin dibolehkan dalam Islam kerana Islam itu sendiri menjamin hak dan kepentingan wanita Islam daripada dianiaya oleh suaminya sendiri dan begitu juga bagi pihak suami, dibolehkan membuat perjanjian yang boleh menjamin kepentingannya untuk rumah tangga mereka.

Pastikan anda dan pasangan membuat perjanjian PraNikah ini supaya hak anda pada masa akan datang akan terpelihara. Bukanlah kita berdoa supaya rumahtangga kita mempunyai masalah, tetapi adalah lebih baik kita mencegah sebelum apa-apa yang buruk terjadi. Masa depan boleh berubah jadi lakukan perjanjian praperkahwinan dan jagalah hak anda!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply