Inspirasi

Senangnya membersihkan 5 peralatan di dapur yang leceh untuk dilakukan

Perkongsian

Di abad ini, dapur bukan hanya milik wanita. Malah, sudah ramai lelaki macho yang berminat dengan dapur. Lebih-lebih lagi lelaki bujang. Bukan sahaja kerana ingin mengamalkan penjimatan tetapi kepelbagaian masakan dan resepi serta seni dan kreatif dalam pembuatan makanan yang dikongsi dan mudah diperolehi melalui internet menyebabkan keinginan untuk memasak sendiri lebih tinggi. Selain itu, kebimbangan mengenai tahap kebersihan terhadap pembuatan makanan di luar turut menjadi punca dapur mula diminati bukan sahaja wanita moden malah lelaki-lelaki macho.

Namun begitu, apa guna bercakap mengenai kebimbangan terhadap kebersihan makanan yang dimasak di kantin sekolah, di restoran atau di warung jika dapur rumah sendiri pun tidak bersih.

Bagaimana kita menguruskan dapur dan peralatannya melambangkan sejauh mana tahap kebersihan kita terutama bila bercakap mengenai kebersihan dalam pembuatan makanan.

image

Terdapat 5 peralatan yang boleh dikatakan penting dan perlu dicuci sebersih-bersihnya agar menjamin bukan saja keindahan dan kekemasan dapur, malah kesihatan penghuni rumah serta tetamu yang mengunjungi rumah kita apatah lagi yang menikmati masakan dari dapur kita, iaitu :

  1. Sinki
  2. Kaunter makanan
  3. Papan pemotong
  4. Berus
  5. Kain/span pengelap

Tetapi, betapa malasnya untuk kita mencuci peralatan-peralatan ini. Leceh kan? Dahlah penat memasak, kena pula sental kesan minyak, lendir-lendir lemak, bau ikan dan daging, kesan arang dan macam-macam lagi pada peralatan-peralatan tu.

Jangan bimbang, rupanya ada cara amat mudah, senang dan cepat malah tidak memenatkan! Disini, diberikan beberapa tips untuk memastikan tahap kebersihan peralatan-peralatan ini agar ianya berada pada tahap tertinggi. Tips ini juga akan memberitahu cara untuk membersihkannya agar bakteria dapat dihindari dari terus melekat diperalatan dapur kita dan sekaligus mengelak dari terkena apa-apa jangkitan.

Jom kita sama-sama pelajari cara mudah membersihkannya dari video di bawah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply