Hiburan Viral

Situasi Aneh Yang Berlaku Apabila Lelaki di Dapur!

Perkongsian

Memasak merupakan perbuatan yang sinonim dengan wanita, tetapi pada masa kini lelaki juga berjaya mengorak langkah dalam bidang masakan dan menjadi pakar makanan yang terkenal seperti Chef Wan dan juga Chef Amar. Tetapi seruan ‘Chef Lelaki’ hanya diseru oleh sesetengah lelaki, sebahagian 90% lagi masih tidak menyeru seruan itu yang menyebabkan situasi dibawah muncul!

  1. Melalui pemerhatian, kita dapat lihat sebanyak 99% lelaki di Malaysia sangat mahir dalam masakan kari dan tomyam. Tetapi malangnya kari yang boleh dimasak adalah Maggi Kari, dan juga Maggi Asam Pedas dan tak lupa juga pada Maggi Tomyam.
  2. Sesetengah lelaki suka masak, tapi bab basuh bekas,pinggan, periuk belanga, kuali yang dia guna punyalah malas tahap gaban! Rajin tinggal untuk orang basuhkan je. Alasan paling famous ‘ Orang dah tolong masakkan, awak pulak tolong basuh semua’. Amboi!
  3. Lelaki suka masak tanpa baju! Yela dapur rumah batu ni panas. Lagi-lagi kalau tinggal kat perumahan. Perempuan pun nak bukak baju kalau boleh sebab panas sangat. Lainlah  anak orang kaya bolehlah bukak aircone bagi sejuk sikit.
  4. Menu utama yang menjadi pilihan mereka adalah sardin, telur goreng kicap dan maggi. Tapi bila kita masak disuruhnya kari ayam, patin gulai tempoyak, daging masak merah!
  5. Gas masak cepat habis. Tak habis macamana kalau masak bukak api paling besar nak bagi cepat masak, pastu kadang-kadang masak sardin pon hangus! 
  6. Dapur rumah bujang selalunya banyak haiwan ternakan seperti lipas dan tikus. Tetapi lelaki bila tengok lipas terbang lari macam lipas kudung. Lipas pun confuse siapa yang lari, lipas lari macam lelaki kudung ke atau lelaki lari macam lipas kudung.
  7. Bunyi rumah nak roboh. Kalau lelaki nak masak, diambilnya senduk yang nak buat kaut sup tu hah, padahal nak buat telur goreng je. Ambik pulak senduk yang paling besar, paling panjang, mana tak terhakis periuk tu. Cukup sebulan kuali takde tangkai. Selagi kuali tak belah dua selagi tulah tak beli kuali baru!
  8. Kadang-kadang lelaki ni masak lagi sedap daripada wanita. Macam orang letak pelaris je!
  9. Kalau first time nak masak nasi ke, mesti whatsapp mak setiap seminit tanya nak letak nasi banyak mana, air banyak mana. Last-last dekat 3 jam baru nasi masak, tu pon kadang-kadang nasi lembik atau nasi terlalu keras.
  10. Kalau ada perkhemahan ke, mula lah dia nak tunjuk skill masakan dia kat awek. Konon survival skill dia hebatlah. Last-last awek tu makan hati sebab nasi tak masak.
  11. Kalau dia masak tak sedap, dia jugaklah duk makan semua sampai habis sambil-sambil duk mengomel puji masakan dia sedap. Padahal hangit! 

Ini hanyalah gurauan semata-mata buat hilangkan stress. Jom lihat video lucu dibawah! Nasib tak tercabut pintu peti sejuk tu Haha

https://www.youtube.com/watch?v=lcHG51oZNfA

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply