Semasa Viral

Wow! Tuah Berganda Sempena Gerhana Matahari Separa

Perkongsian

Jom! Viralkan supaya seluruh rakyat Malaysia tidak ketinggalan!

image

Dah rasa cukup bertuah bila tiap-tiap tahun dapat BR1M. Walau tak semua, tapi ramai yang menikmatinya. Jangan disangka yang tak dapat BR1M tu tak bertuah. Tahun ini rakyat Malaysia akan dapat extra tuahnya bila berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku pada 9 Mac ini bukan disesetengah negeri saja tapi di semua negeri. Bertuah sungguh rakyat Malaysia!

Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), ia adalah satu-satunya fenomena gerhana matahari separa yang akan dapat disaksikan di Malaysia pada tahun ini atau perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 sebelum berpeluang menyaksikannya sekali lagi.

Katanya,

“Fenomena itu akan bermula pada jam 7.24 pagi dan berakhir pada jam 9.31 pagi dan dapat disaksikan di semua ibu negeri di seluruh negara”.

Pada hari tersebut juga, orang ramai juga berpeluang untuk menyertai program gerhana matahari separa yang bermula jam 7.30 pagi hingga 10 pagi di Planetarium Negara anjuran ANGKASA dengan kerjasama Starfield Instruments Supply.

Beberapa teleskop akan disediakan oleh ANGKASA untuk tujuan pencerapan. Selain itu, orang ramai juga digalakkan untuk membawa teleskop sendiri.

Berita baik lagi, kaca mata gerhana juga akan diberikan kepada 1,000 pengunjung terawal secara percuma. Jadi, jangan datang lewat. Awal-awal lagi kena sampai, jangan datang seorang, datang sekeluarga.

“Objektif penganjuran program ini untuk memberi pendedahan dan menanam minat mengenai astronomi dalam kalangan masyarakat Malaysia melalui pengetahuan asas sains bersempena dengan fenomena gerhana matahari separa”.

Yang ini pasti menarik, amat menarik!

“Hadiah menarik seperti ORION Funscope 76mm Alt-azimuth Reflector dan VS 8x42WP Monocular sumbangan Starfield Instruments Supply akan diberikan kepada pengunjung yang bertuah,” katanya.

image
Funscope 76mm Alt-azimuth Reflector
8x42WP Monocular
8x42WP Monocular

Wah! Bila lagi kalau bukan sekarang. Ilmu dapat, hadiah pun menarik!

Tetapi bagi umat Islam, jangan lupa untuk menunaikan Solat Sunat Gerhana Matahari. Sesungguhnya, kejadian gerhana matahari merupakan salah satu tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Ia juga sebagai ujian kepada umat Islam untuk melihat sama ada mereka bersyukur kepada Allah SWT atau sebaliknya.

Bagi mereka yang berada jauh dari ibu negara atau ibu negeri masing-masing, masih boleh menonton fenomena ini secara langsung pada Rabu depan di laman web ANGKASA iaitu www.angkasa.gov.my.

Banyakkan tuah yang kita dapat daripada kejadian besar ini.

Sekali lagi diingatkan untuk sama-sama kita viralkan agar seluruh rakyat Malaysia tidak ketinggalan!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply