Semasa

Ibu Kandung Direman Selepas Mencampak Bayi Dari Tingkat 18

Perkongsian

Kuala Lumpur : Mengimbas kembali kejadian kejam yang berlaku semalam seorang ibu yang mencampak anaknya jatuh ke bawah dari flat tingkat 18. Disini laporan susulan untuk kes tersebut.

Polis memeriksa kawasan sekitar dimana mayat bayi tersebut dijumpai.

Menurut laporan portal Harian Metro, seorang wanita yang juga ibu kandung telah mencampak bayi perempuannya dari tingkat 18 Flat Danau Kota, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, wanita yang berusia 36 tahun itu telah direman selama enam hari bermula hari ini. Tahanan reman itu bertujuan untukk menyiasat dan mencari punca wanita itu melakukan perlakuan kejam tersebut.

“Wanita berkenaan kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur manakala anak perempuannya berusia 5 tahun ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)”

”¬†Suspek¬†mendakwa anaknya itu sudah meninggal dunia selepas dilahirkan dan bayi tersebut dicampak ke bawah flat setinggi 18 tingkat”

Beliau juga mengatakan wanita itu telah ditahan sejurus kejadian.

“Wanita direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 309B kerana membunuh anak selepas kelahiran,” katanya ketika dihubungi

Berita juga melaporkan bahawa wanita tersebut telah ditinggalkan suaminya sejak dua tahun lalu dan menyewa disalah satu bilik di flat tersebut.

Bangunan flat di mana seorang ibu mencampak bayinya dari tingkat 18. - Astro AWANI
Bangunan flat 18 tingkat dimana seorang ibu yang mencampak bayinya yang baru lahir.

Siasatan masih lagi dijalankan untuk mencari punca mengapa wanita tersebut mencampak bayinya dari tingkat 18.

Semalam, Malaysia gempar apabila seorang bayi perempuan yang baru beberapa jam dilahirkan maut dicampak ibu kandungnya dari balkoni rumah yang disewa.

Mayat bayi itu ditemui bersama uri pada 8.30 pagi sebelum penduduk flat berkenaan segera menghubungi pihak polis.

Al fatihah buat bayi tersebut.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply