Fesyen & Gaya Hidup

Rekaan Aksesori Aneh Yang Menarik

Perkongsian

Industri fesyen sentiasa membawa sesuatu yang baru untuk kepuasan peminat fesyen. Para pereka fesyen pula berebut-rebut menampilkan sesuatu yang berbeza, lain dari yang lain, tidak kira sama ada dalam rekaan baju, kasut ataupun aksesori. Apa yang penting, rekaan tersebut bukan rekaan copy and paste dari pereka fesyen yang lain!

Walaubagaimanapun, sudah menjadi lumrah kepada pereka fesyen terutama yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini, rekaan-rekaan tersebut pasti akan mendapat kritikan-kritikan positif dan negatif. Malah, sehingga berlaku kutukan yang melampau atau pujian yang melambung.

image

Ada juga rekaan-rekaan yang pelik dan aneh ini bagi mempamerkan sesuatu yang berbeza atau mengikut peredaran masa ataupun dalam usaha mengetengahkan konsep tertentu. Rekaan yang pelik dan aneh inilah selalunya susah untuk diterima oleh masyarakat. Tapi, bagi mereka yang sentiasa mengikut perkembangan fesyen mungkin boleh menerimanya dengan terbuka.

Namun, tidak dinafikan juga bahawa rekaan-rekaan pelik dan aneh ini kadang-kadang agak menarik dan cantik bila dikenakan pada seseorang. Cuma, bergantung kepada tahap keberanian si pemakai sama ada sudah bersedia menerima sebarang kritikan, kutukan mahupun pujian. Ia juga bergantung kepada kesesuaian pada masa dan tempat dalam menggayakan fesyen tersebut.

Jika si pemakai merupakan seorang yang trendy, tidak mustahil rekaan pelik dan aneh itu akan digayakan walau berada di hadapan orang awam. Tapi, jika bagi orang biasa tidak mungkin mereka berani mengenakan rekaan-rekaan yang pelik dan aneh seperti gambar-gambar di bawah.

Jom kita tengok, adakah aksesori-aksesori aneh di bawah ini sesuai untuk kita gayakan dalam aktiviti harian kita. Nampak agak cantik dan menarik tapi beranikah kita menggayakannya semasa berada di luar sana?

image

Bow tie berbentuk waffle

image

Hiasan aksesori berinspirasikan burger dan kentang goreng

image

Rantai berbentuk pop corn yang bernilai RM251

image

Hiasan aksesori yang menyerlah inspirasi tomato dan salad

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply