Bisnes Viral

Tipu Peniaga Online

Perkongsian

Sejak beberapa tahun ini, perniagaan online melalui media sosial seperti Facebook, Instagram semakin menjadi pilihan sama ada yang baru bertatih atau sudah memecut dalam perniagaan.

Maklumlah, perniagaan online tidak memerlukan modal yang besar kerana peniaga online boleh memilih untuk tidak mempunyai premis perniagaan atau menyediakan kedai untuk simpanan stok. Mereka boleh menjalankannya di rumah sahaja. Peniaga online juga boleh menjalankan perniagaan ini secara bersendirian tanpa pekerja, kecuali mereka sudah berkembang dan menjadi usahawan online yang perlu membuat beratus pengeposan sehari.

Selain itu, peniaga online juga boleh membuat pra tempahan dan meminta wang pendahuluan daripada pelanggan. Cara ini boleh mengelak daripada risiko kerugian yang besar kerana barang jualan dijamin habis dan modal pula tidak besar hanya perlu sedikit tambahan atau mungkin wang deposit pelanggan sudah mencukupi untuk dijadikan modal.

image

Walaubagaimanapun, jangan terlalu teruja menjalankan perniagaan online ini terutama bila berkaitan dengan wang sehingga terlalai dan ditipu pelanggan. Jika diawal perniagaan online diperkenalkan, kita banyak mendengar cerita mengenai peniaga yang menipu pelanggan dengan pelbagai cara kerana kebiasaannya perniagaan online mensyaratkan pelanggan membayar harga produk terlebih dahulu sebelum barangan di pos. Maka, terjadilah penipuan dimana duit dah bank-in tapi barang tak sampai.

Tetapi, hari ini pelanggan online juga turut menjadikan peniaga online sebagai mangsa penipuan. Satu bukti penipuan yang telah dikongsi oleh seorang pengguna media sosial berkenaan penipuan ini iaitu pembayaran secara ‘Transfer’ menggunakan mesin ATM.

Ini adalah antara status yang dikongsi oleh Nur Edayu Abd Aziz :

Nk share untuk semua peniaga online ramai dah guna taktik macam ni.hati hati semua.

Transfer fail=05
Transfer success=00

Dia cover dgn jari tu perkataan TIDAK
mohon Alert yer semua

 image

Jadi, berhati-hatilah semua dalam menjalani proses jual beli secara online. Jangan sampai ada yang kerugian. Biarlah perniagaan alaf baru ini memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply