Hiburan Viral

Zizan Tukar Kerjaya?

Perkongsian

Siapa tak kenal pelakon komedi, Zizan Razak. Pelakon kacak yang penuh dengan idea lawaknya. Dan kadang kala dihujani gosip-gosip berkaitan dengan wanita-wanita cantik. Maklumlah orang kacak, berpendapatan mewah, bujang pula tu, tentunya tidak dapat lari dari gosip yang berkaitan dengan wanita ni.

Gosip dengan Vie Santie dah senyap bila mereka tampil membuat kenyataan penafian. Peminat dan pengkritik dapat menerima penafian mereka. Iyalah, sama-sama tiada pasangan. Kalau benar pun apa salahnya. Bekas suami Vie sendiri, Datuk Eizlan Yusof pun tak boleh buat apa-apa. Cuma sekadar berharap untuk bersatu kembali sajalah.

image

Apakah kisah terbarunya?

Kali ini ‘Zizan’ sekali lagi membuat onar. Dikatakan kejutan kali ini memang tak pernah terfikir oleh peminat-peminatnya. Malah, wartawan hiburan pun belum tentu dapat menghidu kejutan ini.

Mana mungkin seorang pelakon yang tengah laris boleh berhenti dari berlakon semata-mata untuk melakukan pekerjaan ini!

Mana mungkin seorang yang masih lagi berada dalam kehidupan mewah, belum terdesak kesusahan hidupnya boleh berubah angin untuk menukar kerjaya!

Tapi, tidak mustahil jika memang itu pilihannya. Mungkin ada sesuatu yang membawa ‘Zizan’ dari Maran, Terengganu sehingga ke Larkin, Johor Bahru.

Adakah berkait dengan wanita juga? Atau sesuatu yang selama ini disembunyikannya dari pengetahuan umum?

Zizan yang kita kenali sebelum ini seorang pelakon komedi tetapi dijumpai dan diambil gambar oleh seorang peminat yang kebetulan ke kedai gunting dan mendapati ‘Zizan’ sudah menjadi seorang tukang gunting rambut di Larkin, Johor Bahru!

Benar atau tidak, kita sama-sama tengok, tilik, nilai gambar di bawah ini.

image

Sama kan? Atau serupa tapi tak sama.

Jangan marah. Sekali sekala hiburkan hati, hilangkan stress.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply