Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi Resepi Viral

6 Makanan yang Boleh Mencegah Jerawat

Perkongsian

Bagi individu sama ada lelaki ataupun wanita yang risau jerawat tumbuh di muka, anda boleh mengamalkan 6 makanan di bawah untuk mencegah jerawat.  Kajian mendapati makanan dibawah mengandungi agen-agen kimia semulajadi yang membantu dalam mencegah kehadiran jerawat. Amalkan!

1. KACANG

kacang-tanah

Walaupun ramai yang mengelak untuk mengambil kacang kerana khuatir akan tumbuh jerawat, hakikat sebaliknya yang berlaku! Kacang merupakan salah satu makanan yang boleh mencegah jerawat. Kacang dipercayai mengandungi selenium, vitamin E, tembaga, magnesium, mangan, kalium, kalsium dan zat besi yang sangat penting untuk kesihatan kulit anda.

2. IKAN

Fish-how-to-cook-1024x682

Makanan laut ini merupakan sumber yang paling baik kerana ianya mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 dan Omega 6 yang boleh mengurangkan keradangan pada tubuh badan yang boleh mencetuskan jerawat. Ikan seperti salmon, tenggiri dan sardin amat disyorkan untuk dimakan.

3. ANGGUR MERAH

Red-Grapes

Buah-buahan terutamanya anggur merah sangat baik untuk kesihatan kulit, bahkan bijinya juga disyorkan untuk dimakan kerana mengandungi bahan kimia semula jadi yang berkhasiat. Ia juga merupakan antioksidan yang dapat meremajakan kulit selain mengawal alahan pada kulit.

4. BAWANG PUTIH

download

Walaupun mempunyai bau yang agak ‘tengik’, bawang merah merupakan makanan yang termasuk dalam golongan makanan super, iaitu salah satu manfaatnya adalah dapat membantu mengatasi keradangan disebabkan oleh kandungan Allicin yang dapat membunuh ┬ápelbagai bakteria dan virus.

5. BROKOLI

images

Sayuran bewarna hijau ini mempunyai manfaat yang tidak kurang hebatnya. Brokoli mengandungi Vitamin A, B kompleks, C, E, K serta antioksida yang bermanfaat untuk membersihkan kulit.

6. AVOCADO

Avocado with leaves

Avocado merupakan buah-buahan hijau yang kaya dengan vitamin E, yang dapat meningkatkan keremajaan kulit anda. Avocado juga merupakan sumber vitamin C yang baik , yang boleh mengurangkan keradangan kulit dan melembapkan kulit secara semula jadi .

Amalkan makanan ini dan kulit anda akan bebas jerawat!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply