Cinta & Perhubungan Inspirasi Viral

Tips Hubungan Perkahwinan daripada Pasangan yang Berkahwin Selama 72 Tahun!

Perkongsian

Anda boleh membaca berjuta-juta buku tentang percintaan dan bercakap tentang seribu terapi yang boleh menjayakan sesebuah hubungan perkahwinan. Tetapi pada hakikatnya, tiada siapa yang lebih tahu tentang cinta dan perkahwinan melebihi orang yang mencintai satu sama lain lebih daripada 7 dekad!

Berikut merupakan tips yang dikongsikan oleh Mr. dan Mrs. Lombardi  yang berusia 95 tahun untuk anak muda yang ingin tahu tentang percintaan, kehidupan dan juga makna tinggal bersama untuk selamanya.

1. Cintai satu sama lain

close up of mature couple hands holding in meadow

Hiduplah dengan falsafah memilih untuk mencintai walaupun ia bukanlah satu pilihan yang mudah.

2. Pujilah antara satu sama lain

eatmywords

Pujilah pasangan anda setiap hari tentang bagaimana mereka memasak, atau bagaimana cara mereka membantu anda.

3. Mempunyai kehidupan intim yang baik

1cbed7ad4b8c924760c10169d495

Apa salahnya sehingga berumur 95 tahun? Jadikan hubungan intim satu kepentingan dalam hubungan anda.

4. Tinggal berdekatan rumah keluarga anda

family-near-fireplace-christmas-decorated-house-interior-gift-box-46084147

Tiada apa yang lebih baik berbanding membesarkan anak anda berdekatan rumah dan menjadi tua bersama-sama!

5. Kurangkan makan di luar, makan makanan yang berkhasiat dan mengawal pengambilan gula

post-why-eat-at-home-580x360

Amalkan perkara ini dan anda masih boleh menunggang basikal walaupun di usia 90-an seperti pasangan ini! Tiada makanan yang lebih baik berbanding masakan daripada rumah anda sendiri!

6. Jangan pernah menipu

Couple embracing on bench, while man holds other woman's hand

Jangan menipu sama ada melalui emosi atau fizikal. Pakar perkahwinan menegaskan bahawa jika anda melakukan perbuatan menipu kepada seseorang, anda akan mengulangi perbuatan tersebut di setiap cara yang anda lakukan sepanjang hidup anda. Jangan tergoda dan kekal setia!

7. Jangan tidur dalam keadaan marah

Blog204

Jika anda marah sebelum tidur, cubalah antidot ‘ciuman’ dan ianya satu perbuatan mudah yang berkesan. Cubalah!

8. Jadikan bertengkar sebagai OK

couple-arguing

Salah faham dalam perhubungan adalah perkara yang biasa. Anda tidak perlu setuju dalam setiap perkara, yang penting adalah anda mendengar pendapat pasangan anda dan jadikan perbezaan itu sebagai satu perkara yang anda boleh terima untuk toleransi. Kemudian anda teruskan hubungan anda tanpa dendam dan sakit hati. Mustahil? Tidak kerana mereka telah melakukanya selama 7 dekad!

9. Hormati pasangan anda

original

Selain cinta, kunci untuk perkahwinan yang bahagia adalah meminati dan menghargai pasangan anda sepenuh hati, dalam keadaan gembira mahupun susah.

10. Pastikan rumah anda bersih

download

Mr. dan Mrs. Lombardi percaya bahawa mempunyai rumah yang bersih menunjukan betapa tersusunnya hidup anda. Rumah yang bersepah dan tidak tersusun menunjukkan anda mempunyai kekacauan dalam hidup anda. 

11. Jadilah ibu bapa yang baik

download (1)

Salah satu cara untuk menunjukkan rasa sayang anda kepada anak adalah melalui pembelajaran. Berikanlah dia pembelajaran yang cukup tetapi tidaklah sampai ke tahap memaksa mereka. Setiap anak mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Fahamilah mereka!

12. Kahwini orang yang mempunyai gen yang baik

images

Kajian mendapati orang yang mempunyai hubungan jauh dengan kita boleh melahirkan anak-anak yang mempunyai gen yang lebih baik seperti tahap IQ yang tinggi, lebih cantik dan kurang mendapat penyakit keturunan.

13. Pastikan kepercayaan anda menjadi penunjuk kehidupan anda

download (2)

Kongsi kepercayaan dan agama kepada anak-anak supaya mereka mempunyai pedoman untuk dijadikan petunjuk dalam kehidupan seharian mereka.

14. Buang yang keruh, ambil yang jernih

download (3)

Tiada siapa yang dilahirkan sempurna, seperti kata pepatah berkata bahawa rumput tak selalu hijau. Jangan lupa dan ingatlah untuk mencintai orang yang sanggup bersusah bersenang dengan anda!

Amalkan nasihat pasangan Mr. dan Mrs. Lombardi ini dalam kehidupan anda! Semoga rumahtangga anda bertahan untuk 7 dekad atau mungkin lebih lagi sehingga ke syurga! Salam bahagia untuk anda daripada kami.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply