Semasa

Ajal Menjemput Selepas Ambil Keputusan SPM

Perkongsian

KUALA TERENGGANU : Ajal menjemput tidak kira masa. Begitu juga ajal yang menjemput seorang remaja sejurus selepas mengambil keputusan SPM. Kegembiraan meraikan keputusan SPM akhirnya berakhir dengan tragedi memilukan.

Menurut laporan laman portal Berita  Harian, seorang remaja yang baru memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini, ditemui lemas selepas tergelincir di kawasan air terjun di Hutan Lipur Tembakah di Kampung Pasir Akar, Hulu Besut, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa, Chork Chai a/l Eh Di, 18, dari Tumpat, Kelantan, dikatakan dalam perjalanan menuju ke kereta di tempat parkir kawasan hutan lipur itu, sebelum tiba-tiba tergelincir ke dalam air sedalam kira-kira 4.5 meter dan lemas. Remaja berkenaan didapati berjalan sebelum tergelincir di tingkat dua kawasan air terjun itu.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Polis Jertih, Mohd Saiful Fitri Md Ali, berkata mangsa yang berketurunan Siam dikatakan ke kawasan air terjun itu untuk mandi bersama empat rakan lain selepas mengambil keputusan SPM pagi tadi. Beliau berkata, sebaik selesai mandi dan mahu pulang, mangsa tiba-tiba tergelincir ke dalam air ketika dalam perjalanan ke kereta.

Katanya pihaknya yang menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian kira-kira jam 5.30 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mayat mangsa sudah dinaikkan dengan bantuan orang awam jam 4.45 petang. Mangsa ditemui kira-kira lima meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh”

“Mayat kemudian dihantar oleh pihak polis ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut,” katanya.

Anggota bomba dan penyelamat mengangkat mayat mangsa yang lemas dalam kejadian.

Semoga keluarga mangsa tabah dengan apa yang terjadi kepada ahli keluarga mereka. Malang tidak berbau.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply