Inspirasi Semasa Viral

Halatuju SPM : Diploma, Matrik, Asasi, STPM Atau Latihan Separa Perubatan?

Perkongsian

Result SPM bagi tahun 2015 telah pun diumumkan baru-baru ini. Alhamdulilah jika keputusan yang adik-adik terima sangat memberangsangkan tapi jika tidak, jangan bersedih kerana masa depan adik-adik bukan hanya ditentukan oleh keputusan SPM sahaja! Masih banyak lagi liku-liku yang adik-adik perlu lalui. Bukan dengan hanya bersedih kerana keputusan SPM yang kurang baik dan terus berputus asa. Jangan berputus asa kerana Allah telah menjanjikan rezeki itu ada untuk semua makhluknya. Cuma adik-adik perlu sedikit usaha dan tawakal sahaja!

Ingatlah bahawa SPM bukan segalanya, tetapi adalah salah satu pencetus kejayaan  di masa hadapan.

Kami yakin ada adik-adik yang masih kurang jelas dengan hala tuju selepas SPM seperti kami dulu! Jadi di sini kami kongsikan beberapa pilihan yang adik-adik boleh pilih.

1. STPM

stpm

Jika adik-adik  suka memakai pakaian sekolah, maka STPM merupakan pilihan terbaik. Tempoh STPM selalunya dalam 2 tahun. Peperiksaan STPM adalah salah satu peperiksaan yang susah diperingkat pengajian tinggi, kerana itulah pelajar yang mendapat pointer 2.75 dalam STPM lebih diterima universiti daripada pelajar matrik yang mendapat pointer 3.20 untuk permohonan ijazah nanti. Dengan sijil STPM nanti, adik-adik boleh gunakan untuk terus memohon pekerjaan.

2. MATRIK

logo kolej matrikulasi 2

Matrik merupakan salah satu fast track dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Selalunya adik-adik akan diberikan elaun jadi insyaAllah masalah kewangan itu tidak akan ada. Disebabkan jangka masa pengajian matrik  hanyalah setahun, jadi adik-adik perlu belajar dengan effective kerana adik-adik perlu cover subjek yang sepatutnya 2 tahun menjadi 1 tahun sahaja! Jika adik-adik mendapat pointer yang rendah, berkemungkinan untuk ijazah nanti adik-adik akan mendapat kos ‘lelong’. Sijil matrik tidak boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.

3. ASASI

invitation oren

Asasi juga merupakan salah satu program fast track di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Ia sama seperti matrik bezanya asasi ini adik-adik akan belajar di universiti seperti UM, UKM, UiTM berbeza dengan matrik apabila adik-adik akan belajar di pusat Matrikulasi setiap negeri. Asasi ini umpama sebelah kaki di universiti.Tidak semua universiti mempunyai asasi, jadi jika adik-adik berminat untuk memasuki asasi, adik-adik perlu survey dulu universiti mana yang menawarkan program asasi. Asasi selalunya diberi pilihan sama ada asasi sains, asasi kejuruteraan dan lain-lain. Elaun akan diberikan kepada pelajar sepanjang pengajian. Jangkasa masa pengajian untuk asasi selalunya 1 tahun dan pengajiannya sangat susah. Jika anda dari asasi, anda akan lebih diutamakan universiti untuk mendapat tempat dalam ijazah berbanding pelajar matrik. Sijil asasi tidak boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.

4. DIPLOMA

SmallDiplomaCertificate&CapTassel_full

Diploma merupakan salah satu program pembelajaran di universiti yang memakan masa selama 3 tahun. Oleh itu adik-adik yang mengikuti diploma selalunya akan lebih relax dan santai. Kerana diploma lebih lama, selalunya pelajar yang mengikuti diploma akan meminjam pinjaman PTPTN atau sebagainya. Diploma merupakan pengajian yang lebih kepada praktikal, dan banyak input yang boleh diperolehi oleh adik-adik. Biasanya lebih banyak peluang pekerjaan akan dibuka untuk adik-adik dan gabungan diploma dan ijazah menjanjikan peluang medapat pekerjaan yang lebih cerah. Sijil diploma boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.

Jika adik-adik ingin memasuki diploma dan ingin tahu kos apa yang bersesuaian dengan keputusan SPM, adik-adik boleh lah membuka web ini → http://upu.semaksyarat.info/

5. LATIHAN SEPARA PERUBATAN (SPA)

latihan-separa-perubatan-770x300

Latihan Separa Perubatan merupakan satu latihan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi sesiapa yang ingin menjerumuskan diri dalam bidang ini. Selalunya terdapat beberapa latihan yang ditawarkan seperti latihan juruteknologi makmal, latihan MA, latihan jururawat pergigian, latihan penolong pegawai farmasi dan lain-lain lagi. Tempoh latihan kebiasaannya 3 tahun.  Jika adik-adik mengikuti latihan ini, adik-adik akan mendapat elaun 50% daripada gaji yang sebenar. Selepas latihan adik-adik akan ditempatkan di mana-mana cawangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tugasan. Latihan separa perubatan ini merupakan salah satu pilihan untuk adik-adik terus ke alam pekerjaan. 

Semoga adik-adik membuat keputusan dengan baik sebelum memilih mana-mana hala tuju di atas. Kami doakan adik-adik mendapat tempat yang baik bagi masa depan adik-adik. Gambate!

CGucI2BU8AAERIO

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply