Inspirasi

Jom Cantik!

Perkongsian

Semua wanita mesti nak cantik kan? Tidak kira wanita muda atau sudah berumur, wanita di bandar mahupun di kampung, semuanya nak cantik. Tidak ketinggalan juga bagi lelaki.

Tapi, kos untuk membeli produk kecantikan bukannya murah. Paling murah pun, habis juga puluhan ringgit.

Walaubagimanapun, sebagai seorang wanita, cantik tetap menjadi idaman. Cantik bukan untuk memikat semata-mata, tapi untuk kepuasan diri, keyakinan diri serta kesihatan diri. Jom kita sama-sama cantik dengan kos yang murah, menggunakan petua tradisional.

imageMenjadikan Wajah Berseri

Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yang besar. Basuh beras dan toskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

imageMengilatkan Kuku Kaki

Jangan pandang remeh tentang kecantikan kuku kaki. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memakai alas kaki terbuka di hadapan. Caranya, buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulanglah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.

imageMerawat Kulit Berkedut

Umur semakin meningkat. Bertambahnya juga kedut di muka. Risaukan, apatah lagi jika mereka yang yang kerjanya perlu berhadapan dengan client. Jangan bimbanb, bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.

imageHilangkan Tanda Hitam

Memalukan jika berpakaian cantik tapi terserlah siku dan lutut yang hitam. Jom kita hapuskan tanda hitam yang memalukan itu. Sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. In Shaa Allah kesan hitam pada lutut dan siku akan beransur pudar.

Selamat mencuba!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply