Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi Viral

Kecilkan Liang Pori-pori Dengan Petua Mudah ini!

Perkongsian

Hakikatnya pori-pori yang telah terbuka tidak boleh ditutup lagi. Namun begitu bukaan pori masih boleh dikecilkan.  Terdapat empat faktor utama masalah pori-pori yang serius seperti hormon, kegemukan, peningkatan usia dan pengambilan ubat-ubatan. Di bawah kami kongsikan tips untuk mengecilkan liang pori.

aay-095_1z

  • Liang roma akan terbuka selepas anda mencuci wajah. Saat ini merupakan saat yang sesuai untuk anda sapukan penyegar menggunakan kapas muka. Penyegar yang berunsurkan sejuk dan bertindak sebagai pengecil liang roma amat lah sesuai. Penyegar yang terbaik adalah penyegar berasakan mentimun.

Germany, Bavaria, Munich, Portrait of young woman with clay mask, close up

  • Skrub sekurangnya 2-3 kali seminggu bagi membuang sel-sel mati boleh mengelakan kehadiran jerawat dan jeragat. Skrub wajah yang mengandungi micro-scrubber amat penting dalam menanggalkan sel-sel kulit mati. Waktu pagi selepas bangun tidur merupakan waktu yang sesuai untuk melakukan skrub.

Best-Facial-masks

  • Pakai topeng wajah selepas membersihkan wajah menggunakan skrub untuk mengecilkan liang roma. Topeng wajah berasakan ekstrak hazel dan pelembap merupakan inisiatif yang baik. Pakai selama 8 minit, bilas dan hasilnya kulit anda lebih halus dan liang roma lebih kecil.
  • Cuci wajah anda setiap pagi dan malam, pastikan berdisplin. Skrub pada pagi Selasa dan Jumaat kemudian jika ada masa anda bolehlah memaikan topeng wajah pada waktu malam sebelum tidur.

cfl-sunblock-2-537x402

  • Cahaya matahari merupakan salah satu faktor sampingan yang menyebabkan pori-pori terbuka. Selepas menyapu krim pelembap atau sebelum keluar rumah jangan lupa untuk melindungi kulit dengan krim pelindung matahari. Ia bukan sahaja unutk mengatasi pembukaan pori-pori, ia juga berkesan untuk mengelakkan pigmentasi.

MK-CR001-02-Pro-Face-Pore-Minimize-Concealer-Cream-Moisturizer-Brighten-Base-Makeup-Camouflage-Gel-Make

  • Pastikan kulit wajah anda diliputi krim asas sebelum mengaplikasikan sebarang solekan. Pori-pori yang terbuka tidak akan kelihatan dan habuk-habuk pula akan melekat pada krim asas itu berbanding meresap ke dalam kulit.

tomato

  • Tomato merupakan penyegar asli yang paling berkesan dalam merawat masalah kulit seperti jerawat dan pori-pori terbuka. Caranya adalah dengan meramas tomato hingga lumat dan sapu di seluruh wajah. Biarkan selama 5 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

download

  • Ais juga membantu dalam merawat pori-pori terbuka. Caranya, cuci wajah dengan air suam Kemudian gunakan sabun yang lembut bagi membuang kotoran. Ambil ais dan urut perlahan-lahan di wajah.

Lemon3

  • Siapa sangka lemon juga mempunyai khasiat dalam kecantikan selain bagus untuk detox. Caranya, panaskan jus perahan lemon. Kemudian campurkan putih telur secara perlahan-lahan dan kacau selama 20 mminit. Selepas sejuk sapu pada wajah dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.

Amalkan dan semoga liang pori-pori anda mengecil!

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply