Cinta & Perhubungan Inspirasi

Ibu Guna Taktik Ini Untuk Pujuk Anda Balik Ke Kampung.

Perkongsian

Pernah tak masa kita tengah bekerja atau berada dalam kelas tiba-tiba teringat akan ibu yang berada nun jauh di kampung. Entah kenapa rasa rindu yang membuak-buak datang dan nak sangat balik kampung.

Namun paling terkesan apabila selang beberapa jam, tiba-tiba terima panggilan daripada ibu. Nah, saat ini barulah kita sedar betapa ingatan si ibu terhadap kita jauh lebih kuat.

Kebiasaannya jarang bagi seorang ibu minta anaknya balik kampung tanpa sebab, iyalah betapa dia memahami kerjaya kita. Jadi berikut kami sediakan 8 helah bijak ibu agar anak selalu balik kampung. Disini ada 8 taktik yang berkemungkinan pernah ibu kita gunakan untuk pujuk kita balik ke kampung.

1. Selalu bertanya khabar

Dah makan ke? Pergi mana je hari ini? Kerja ok? Exam boleh buat tak? Disebalik keprihatinan mereka terhadap diri kita, soalan-soalan seperti ini mungkin hint dirinya rindu dan mengharap kita pulang

2. Kongsi foto masakan kegemaran

Di zaman teknologi yang serba canggih ini, ramai ibu tidak ketinggalan bermain Whatsapp untuk berhubung dengan anak-anak. Kekerapan si ibu berkongsi foto makanan kegemaran mungkin hint untuk kita balik. Yela nak buat kita terliur dan mengidam.

3. Minta belikan baju dan sebagainya

Bila dah dia suruh belikan barang-barang mesti la kena balik hantar dekat dia kan? Kadang-kadang tak suruh pun tapi bagi hint dah lama tak beli baju baru. Makanya, itu salah satu hint nak suruh kita selalu balik

4. Terlebih excited pasal cuti sekolah

Bila setiap kali call dia mesti akan bercakap mengenai cuti sekolah sedangkan kita pun tak ingat bila. Maknanya dia rindu kita lah tu. Lebih-lebih kalau dia ada cucu.

5. Kerap bercerita tentang kawan-kawan kita di kampung

Secara logiknya kenapa ibu kerap bercerita tentang kawan-kawan kita di kampung? Itu tandanya dia mengingati kesemua kawan kita sejak dari kecil dan rindukan anaknya.

6. Kadang-kadang beritahu rasa sunyi

Mungkin tak rama ibu yang akan secara terang-terangan beritahu terasa sunyi tapi andai perkataan ini yang keluar dibibirnya, baliklah kampung secepat yang mungkin. Dia benar-benar maksudkan.

7. Jiran buat kenduri, takkan tak pergi?

Ini juga hint dari si ibu. Soalan yang sepatutnya ialah, “jiran buat kenduri, takkan tak balik kot?” Maknanya dia nak suruh balik je sebenarnya, jiran itu nombor dua.

8. Call, call dan call lagi

Bila dah selalu call banyak kali macam ni, seeloknya carilah masa yang sesuai untuk pulang ke kampung. Ini bukan hint dah, ini memang betul-betul suruh balik.

Kalau ibu anda ada buat salah satu taktik diatas, faham-faham sendiri okay. Balik lah ke kampung. Seminggu sekali apa salahnya. Jangan terlalu sibuk bekerja sampai lupa orang tua di kampung.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply