Hiburan Viral

Kisah Hidup Ejam Medicine Sebelum Berhijrah

Perkongsian

Salam semua yang dikasihi.

Sesiapa yang lahir tahun 80-an, ingat lagi tak kumpulan Medicine yang popular dengan lagu Tika & Saat ini?

Penyanyi utama kumpulan tersebut telah pun berhijrah ke arah yang lebih baik. Beliau sekarang ada pendakwah yang sedang aktif dengan Street Dakwah iaitu berdakwah kepada golongon-golongan di jalanan dan juga mat-mat motor. Semoga usaha murni beliau dirahmati Allah swt.

Tetapi anda semua tahu tak kehidupan beliau sebelum berhijrah? Mari kita ikuti perjalanan hidup yang beliau banyak kongsikan dalam ceramah-ceramah beliau.

Ejam Medicine
Ejam Medicine

Kehidupan semasa kecil

Ejam dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan tetapi dibesarkan di Singapura. Bapa beliau adalah seorang imam dan mengajar mengaji agama. Ibu beliau banyak menolong bapanya mengajar agama. Ejam sejak dari kecil memang sudah dibesarkan dalam suasana keagamaan bersama-sama dua orang kakaknya. Sejak kecil beliau banyak menyertai pertandingan nasyid, tilawah al-quran, marhaban dan banyak lagi aktiviti keagamaan. Asas agama beliau sangat kuat semenjak kecil lagi.

Kehidupan semasa remaja

Pada tahun 1985, keluarga beliau telah berpindah ke kampung halaman iaitu di Negeri sembilan. Sewaktu berpindah, kawan-kawan sekampungnya di Singapura beranggapan yang Ejam mesti menjadi Ustaz apabila berhijrah ke Malaysia. Semasa menunggu keputusan untuk masuk sekolah pondok di pantai timur, Ejam meminta kebenaran ibunya untuk bekerja di Seremban. Setelah mendapat kerja, Ejam aktif dalam bermain muzik. Disebabkan suara Ejam yang sedap didengar, beliau telah menjadi vokalis utama kumpulan Medicine di kilang tempat dia bekerja.

Kehidupan sebagai artis

Disebabkan kehebatan kumpulan Medicine ini, mereka telah ditawarkan membuat album. Album tersebut tidak dijual di Malaysia tetapi dijual di Singapura. Album ini sangat popular di Singapura sehingga diketahui oleh rakan-rakan beliau di Singapura. Mereka sangat terkejut kerana disangka Ejam akan menjadi ustaz tetapi menjadi seorang penyanyi rock. Berita ini telah sampai ke pengetahuan ibu beliau. Ejam tidak dapat berselindung lagi dan membenarkan berita itu. Pada ketika itu, wajah ibu beliau amat kecewa. Bapa beliau tidak pernah memarahi beliau tetapi berpesan agar jangan sampai terpesong dari jalan Allah. Selepas itu, kehidupan Ejam sebagai artis pun bermula. Kumpulan medicine menjadi begitu popular sebaris dengan kumpulan Search. Peminat beliau sungguh ramai sehingga pernah mereka membuat konsert di Sarawak mendapat kutipan tiket sehingga 45 ribu.

Mula berasa bangga diri dan riak

Kehidupan Ejam sebagai artis diperhatikan secara teliti oleh kakak beliau. Pada suatu hari, kakak beliau menegur tingkah laku Ejam yang tidak seperti dulu. Bercakap dengan orang tua sudah tidak selembut dulu, tingkah laku dah tak sopan macam dulu. Ejam dengan riaknya menempelak dakwaan kakaknya dengan menyatakan kakaknya itu cemburu dengan kejayaan beliau. Padahal memang betul percakapan Ejam memang sudah seperti rockers. Ejam juga pernah tidur di atas duit yang banyak yang menunjukkan betapa riaknya Ejam menjadi orang kaya.

Berhenti menyanyi

Pada 1992 gejala cetak rompak amat berleluasa. Ini memaksa Ejam berhenti menjadi penyanyi. Beliau telah menjadi seorang pengajar menyelam selama beberapa tahun. Sehingga umurnya 37 tahun, bapanya menelefon beliau supaya pulang ke kampung jika ada masalah. Beliau pulang ke kampung dan disambut mesra oleh bapa beliau. Bapa beliau tahu yang Ejam mempunyai masalah dan mula mengajar Ejam agama.

Mula mendekatkan diri kepada Allah

Sejak daripada itu, Ejam mula mendekatkan diri kepada Allah. Beliau rajin bersolat di masjid dan belajar agama dengan bapa beliau. Sebelum bapa Ejam meninggal dunia, bapanya ada berpesan kepada Ejam jangan lupa masjid. Ejam berpegang kuat pada pesanan itu dan sentiasa istiqamah menunaikan solat di masjid. Di masjidlah beliau bertemu dengan ustaz-ustaz yang hebat dan mengajak beliau berdakwah bersama-sama.

Itulah serba sedikit kisah Ejam sebelum berhijrah. Ikuti cerita penuh beliau di video di bawah.

Layan lagu Tika dan Saat ini versi islamik jom..

Semoga ianya memberi pengajaran kepada kita semua. Banyak pengajaran daripada kisah Ejam ini yang boleh kita fikirkan bersama.

Share artikel ini supaya ianya bermanfaat kepada semua.

Wassalam.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply