Cinta & Perhubungan

Takaful bukan Insurans..

Perkongsian

Rasanya ramai masyarakat di luar sana yang masih menyamakan antara TAKAFUL dan INSURANS. Memang tidak dinafikan kedua-dua pelan perlindungan ini menjamin pelanggan mereka dilindungi dalam keadaan-keadaan tertentu seperti jaminan wang dan rawatan kesihatan, namun pelan takaful dan insurans nyata mempunyai konsep yang berbeza dalam memberikan servis.

takaful3
pelindungan dan keluarga amat penting pada masa kini

Tidak dinafikan , terdapat ribuan syarikat insurans mahupun takaful yang menawarkan perkhidmatan servis perlindungan di luar sana. Manakan tidak, dengan kenaikan kos sara hidup di negara ini beserta keadaan ekonomi yang tidak stabil, memaksa masyarakat berebut-rebut mula mencarum dalam pelan perlindungan kerana risaukan malang yang mungkin menimpa diri mereka.

takaful 1
Perlindungan kepada anak juga perlu dititikberatkan

Namun, terdapat perbezaan antara perlindungan yang ditawarkan oleh agensi-afensi insurans dan takaful.Mari kita tengok apa perbezaan antara dua badan ini:-

  • Hasil perbincangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan,2009 umat Islam haram memiliki insurans namun mereka dibolehkan memiliki perlindungan berkonsepkan takaful.
  • Takaful berlandaskan konsep ta’awun(kerjasama) dan tolong menolong manakala insurans hanya berlandaskan tujuan komersial semata-mata.
  • Takaful dipantau oleh Majlis Penasihat Syariah.
  • Takaful bebas daripada riba, gharar dan muassir.
  • Keuntungan yang diperoleh akan dikongsikan atas dasar mudharabah.
  • Insurans hanya mensasarkan keuntungan semata-mata.
takaful4
Perlindungan yang sama diberikan namun konsep yang digunakan berbeza.

Perunding dan penasihat takafuk terbaik negeri Kedah , Nur Izzati Suib menyifatkan, umat islam harus berusaha mencari pelan terbaik untuk memberi perlindungan kepada diri dan keluarga kerana ianya bukan lagi kehendak namun telah menjadi satu keperluan yang wajib pada masa kini.

Bank Negara Malaysia juga telah menyenaraikan beberapa operator takaful terbaik seperti Great Eastern Takaful,AIA Public Takaful BHD dan juga AmMetLife Takaful Berhad yang boleh dijadikan rujukan. Untuk maklumat lanjut anda boleh berhubung terus di talian 0124067722 untuk mengetahui pelan takaful yang boleh anda dapatkan.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply