Cinta & Perhubungan Inspirasi

Awasi Kata-kata di hadapan Kanak-kanak

Perkongsian

Tahukah anda bahawa kanak-kanak mulai mengenal perkataan tatkala mereka sudah boleh mendengar. Mereka tidak pernah terlalu muda untuk memahami apa yang anda sampaikan. Penilaian mereka berdasarkan pertuturan dan gerak-geri anda. Ikuti Catatan yang dibuat oleh doktor Kanak-kanak terkenal Dr. Charles Shopy.

parents-children-talking

 

Beliau yang sering dijadikan rujukan oleh Dr. Phil, doktor selebriti kegemaran Oprah Winfrey itu menasihati ibu bapa agar lebih berhati-hati dengan perkataan.

“Kanak-kanak tidak pernah terlalu muda untuk faham” Dr. Charles Sophy, Child Psychiatric

Bermula Dengan Kata-kata Pujian

Apabila berbicara dengan kanak-kanak, posisi yang kukuh dan tegak membantu kanak-kanak membaca posisi neutral anda. Anda boleh mencadangkan kepada mereka sekiranya anda tidak gemar akan pilihan mereka. Contoh ayat: “Anda kelihatan cantik, kenapa anda memilih merah?” Dalam ayat ini anda tidak terus menyatakan bahawa anda tidak bersetuju tetapi anda membuat dia berfikir.

Ini akan menyebabkan kanak-kanak menganggap bahawa anda sedang bersamanya dalam membuat pilihan. Kajian yang diketuai Talarovicova A , “Some assessments of the amygdala role in suprahypothalamic neuroendocrine regulation: a minireview.(2007)”, mendapati perkataan ‘JANGAN’ memberi impak yang besar kepada minda kanak-kanak. Selepas berulang kali anda menyatakan demikian, Individu yang mendengarnya akan mengalami mood yang tidak tenteram.

Jangan melabel Anak-anak

babygirlnames

Pekara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita orang Malaysia. Membanding-bandingkan anak-anak atau memilih anak kegemaran kita. Menurut Dr. Charles perkataan seperti “Anda paling Bijak” boleh memberikan tekanan kepada kanak-kanak itu di samping adik-beradiknya.

Kanak-kanak akan mencuba mengekalkan Label daripada ibu bapa tanpa memikirkan kebarangkalian lain yang ada untuk hidup mereka. Mereka akan mencuba mengembirakan anda. Andai mereka tidak berjaya menyebabkan mereka berasa kecewa dengan diri sendiri.

Di akhirnya anda perlu faham, tiada anak-anak ingin mengecewakan ibu bapa mereka.

kid 1

Jauhkan 3 Jenis Perkataan

1.”Awak TAK PERNAH nak dengar cakap !”

TAK PERNAH merupakan satu keadaan yang berpanjangan. Kesannya, anak-anak akan merasa mereka tidak dihargai. Mereka akan mudah keliru dengan segala pekara yang mereka pernah taati selama ini seolah tidak berjaya menarik perhatian ibu bapa mereka.

2. “Macam Bayi !”

Perkataan ini perlu dielak terutamanya apabila anda sedang menguruskan bayi. Mereka sememangnya adalah bayi yang perlu anda fahami. Anda perlu bersifat Adil terhadap keperluan pada usia mereka. Anda sebagai orang dewasa pun tidak suka diperkata apabila anda menjadi diri sendiri, inikan lagi kanak-kanak.

3.”Gelojoh Betul !”

Selalunya kita menggunakan perkataan tersebut kepada kanak-kanak ketika mereka sudah meningkat usia tetapi membuat perangai masih seperti bayi. Anda sedang MENGHAKIMI. Sedangkan anda perlu merasa kasihan kerana mereka masih belum mampu mengawal otot-otot mereka. Sebab itu, kadang-kadang mereka tertumpah makanan mereka. Begitu juga nanti apabila kita sudah berusia. Jadilah tauladan yang baik.

 

Nota: Setiap apa yang dihadapi kanak-kanak masa kini sangat berbeza dengan situasi anda ketika kecil. Jadi pupukan sikap sentiasa memberikan mereka peluang menerangkan diri mereka kepada anda supaya anda ikat kepercayaan mereka sejak kecil lagi.

talk with them
talk with them

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply