Cinta & Perhubungan

Ini Rasanya Bila Patah Hati Diusia 20 Hingga 30 Tahun

Perkongsian

“Aku mahu putus!”
“Maaf, aku tidak boleh menerima kamu!”

Sedihnya tak boleh diceritakan bila menerima kata-kata sebegitu daripada pasangan kita. Patah hati!

Patah hati ketika bercinta pada umur 20an sudah menjadi sesuatu yang selalu kita dengari. Kebiasaannya, alasan patah hati disebabkan diputuskan hubungan oleh si kekasih, kasih tidak disambut oleh orang yang disukai, terjumpa dengan orang disukai berjalan dengan orang lain, atau sudah sekian lama bercinta tapi tidak dipersetujui oleh orang tua. Tentunya menyeksakan, sakit, pedih dan menghancurkan hati.

image

Tapi, tahukah anda bahawa disaat kamu patah hati diusia 20an mempunyai beberapa fasa berbeza mengikut peningkatan umur? Jom kita tengok apakah rentetan itu. Bertabahlah…

1. Pada usia 20 tahun, kamu belum merasai hubungan itu terlalu serius, jadi patah hati disebabkan ditolak atau putus tidak memberi kesan mendalam kerana kamu boleh jer cari yang lain.

Kenapa perhubungan kamu putus dipertengahan jalan?

Diusia 20-22 tahun, ‘cinta monyet’ dizaman remaja masih lagi menyelubungi hubungan percintaan kamu iaitu hubungan yang tidak serius. Sememangnya keseronokan hubungan percintaan di fasa ini tetap dirasai cuma kedua-dua pihak belum sampai memikirkan untuk menjalin hubungan dengan lebih jauh. Sepanjang perhubungan kamu dan si dia, kenikmatan perhubungan ini tidak berjalan seperti yang kamu sangka. Ada saja hal yang membuat kamu dan si dia merasakan sudah tidak serasi.

Disaat hubungan kamu diputuskan pun kamu masih boleh memikirkan bahawa ada yang lebih baik dari si dia dan ini adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah hubungan kamu. Maka, tidak hairanlah jika diusia ini kerap berlakunya ‘insiden’ patah hati kerana kamu masih boleh memikirkan untuk mencari penggantinya. Muda lagi kan.

2. Beralih ke umur 23 tahun, terasa perit untuk melalui kejadian patah hati. Iyalah, dia yang selalu ada disisi pergi dari hidup kita secara tiba-tiba. Sepikan rasanya hati ini.

Sepi sangat hidup tanpa si dia.

Apabila usia sudah memasuki 23-24 tahun, ketika ini sudah wujud perasaan untuk menjalin hubungan dengan serius. Hubungan yang dijalin sememangnya sudah ke arah yang lebih serius. Tapi, jika sudah ditakdirkan hubungan kamu berakhir di pertengahan jalan, pasti kamu akan merasakan duniamu kosong. Impian agar jalinan ppercintaan yang disulam sekian lama berakhir ke jinjang pelamin, hancur berkecai hanya tinggal kenangan. Hidupmu berubah menjadi sepi. Sedih!

3. Ketika melalui rasa patah hati di usia 25 tahun, rasa sesak dada buka hanya disebabkan kenangan pahit bersama si dia. Tapi, ia juga disebabkan oleh kekerapan jemputan perkahwinan oleh kawan-kawan seusia.

“Jemput datang ke majlis perkahwinan saya”.

Apa yang terjadi ketika hubungan percintaan kamu putus atau ditolak ketika usia 25 hingga 26 tahun? Fikiran kamu pasti kusut mengingatkan bahawa usia kamu sudah masuk pertengahan 20an. Kamu juga mula menghitung dan mengingat kembali segala jemputan perkahwinan daripada kawan-kawan kamu. Tidak lagi dikira kamu terpaksa hadapi suasana dimana kamu akan hadir ke majlis perkahwinan itu berseorangan sedangkan kawan-kawan yang lain sudah ramai datang bersama pasangan masing-masing. Pasti semalaman kamu tak dapat tidur. Menangis mengenangkan nasib kamu. Dalam masa yang sama cuba sedapkan hati dengan berfikiran positif bahawa badai pasti berlalu dan jodoh pasti datang.

image

4. Umur dah masuk 27 tahun, masih alami insiden patah hati? Pasti kami mula memikirkan tiada lagi jodoh untuk mu!

Pasrah! Jodoh bukan milikku!

Bila memasuki usia 27-29 tahun, jodoh menjadi tajuk utama dalam pemikiran kamu. Apa tidaknya, sudah ramai kawan-kawan kamu yang berkahwin. Malah, ada juga antara mereka sudah mempunyai anak yang membuatkan kamu juga turut menginginkan anak. Tapi, bila diingatkan semula mengenai kisah patah hati kamu, hidupmu dirasakan amat kelam! Bila semakin kurang kawan-kawan kamu yang belum berkahwin, kamu akan mulai merasakan bahawa jodoh kamu tidak akan datang. Jodoh kamu sudah dicuri otang lain dan tidak mustahil kamu mula memikirkan bahawa Tuhan lupa menciptakan jodon buat kamu. Perit!

5. Dan diusia 30 tahun kamu masih alami situasi patah hati, bagi kamu cinta itu hanya mitos semata-mata.

“Cinta tu apa? Aku tak percaya lah cinta ni!”

Bila sudah sampai usia ini, kamu sudah mula pasrah dengan hal jodoh. Kata orang dah masuk “three series”. Kehidupan kamu hanya fokus kepada kerjaya. Jika ada hubungan cinta sekalipun, akan menyakitkan sangat bila berlakunya kejadian patah hati. Kepercayaan terhadap wujudnya cinta sejati juga semakin hilang. Bila ditanya mengenai jodoh, kamu dengan ikhlas berkata, “carikanlah jodoh untuk saya”.

Patah hati, melihat perkataannya pun sudah terasa ngilunya apatah lagi jika terpaksa melaluinya, menyakitkan. Tidak seorang pun yang mampu bergembira waima tersenyum ketika mengalami patah hati. Tapi, perlu diingat bahawa patah hati bukan bermakna segala-galanya sudah berakhir. Percayalah bahawa esok masih ada dengan segala kemungkinan. Bertabahlah dan teruskan bersemangat serta janganlah terlalu bersedih hati walaupun patah hati ini amat menyakitkan dan memeritkan.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply