Inspirasi

Jangan Abai Sunnah Rasulullah

Perkongsian

Sunnah merupakan segala perbuatan, percakapan mahupun tingkah laku Rasulullah S.A.W yang dikumpulkan oleh para sahabat untuk rujukan kepada kehidupan seharian kita. Sesiapa sahaja yang menurut sunnah nescaya akan ditunjukkan jalan yang benar oleh Allah S.W.T. Sunnah juga merupakan penjelasan kepada apa sahaja perbuatan yang tidak dijelaskan dalam Al-Quran.

sunnah2
kita perlu hidup berteraskan kepada Al Quran dan susnnah

Rasulullah S.A.W menekankan umatnya supaya mengamalkan kesemua sunnah-nya untuk memperoleh kehidupan yang diberkati. Antara sunnah tinggalan Nabi Muhammad S.A.W adalah:

  1. Tahajjud, kerana kemulian seorang mukmin terletak pada tahajudnya.
  2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, Rasululah S.A.W menekankan kebaikan yang tidak terhingga kepada sesiapa yang mampu membaca Al-Quran sebelum mata mereka melihat dunia dengan penuh kefahaman.
  3. Tidak meninggalkan masjid terutamanya ketika subuh, kerana panggilan Allah itu maha sangat penting dan Allah sentiasa melihat mereka yang memakmurkan rumah-Nya.
  4. Sentiasa menjaga Solat Dhuha kerana kunci kepda rezeki terletak pada solat tersebut.
  5. Bersedekah setiap hari kerana,Malaikat sentiasa mendoakan kepada orang yang suka bersedekah supaya digandakan rezekinya.
  6. Jaga Wudhu’ kerana Allah menyukai hambanya yang sentiasa mempunyai wudhu’, orang yang berada dalam keadaan berwudhu’ akan sentiasa dijaga oleh malaikat, diampunkan dosanya dan disayangi Allah.
  7. Sentiasa mengamalkan istifar kerana Allah akan menjauhkan dosa daripada hambanya yang sentiasa beristifar.
sunnah3
Rasullullah akan sayang kepada umatnya yang sentiasa mengingatinya

Kehidupan seorang muslim akan terasa manisnya sekiranya mengamalkan segala ajaran dan tingkah laku mulia Rasulullah sepertimana telah dinyatakan dalam hadis. Muslim yang mukmin akan mendapat syafaat daripada Rasullullah di hari perhitungan kelak.

Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan yang baik dan tempatkanlah aku di kalangan orang-orang yang beriman.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply