Inspirasi

Melayu Kena Bangun Dari Tidur: A Samad Said

Perkongsian

samad1

Hai Melayu!

Rumahmu semua dibina Indonesia,

Ekonomi pula dikuasai Cina,

Golongan proffesional semua India,

Warung makan pun manak yang berkuasa,

Orang Bangla pula menjadi JAGA,

Orang Nepal menabur baja,

Orang Pakistan usung jaja karpet merata,

Lalu Melayu ada apa?

.

Harapkan Ustaz saling menyesat,

Harapkan hiburan, lagi best filem barat,

Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,

Harapkan tulisan, Jawi pun mereka hambat,

Harapkan tanah, banyak digadai kepada koporat!

.

Hai Melayu !

Masih mendabik dada?

Sibuk mahu menjadi tuan,

Rupanya kerja kelas bawahan ,

Dtipu mentah orang atasan,

Konon perjuangan ini untuk kalian!

Kerja sikit sembang kencang,

Banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang,

duduk warung, gigit kacang!

.

Hai Melayu!

Konon kau pantang dicabar,

Konon kau pantas menyambar,

Tapi cuma indah khabar,

Rentakkmu makin lama ,makin hambar,

Kau Melayu, Aku pun Melayu,

Aku menulis bukan cemburu,

Aku mahu engkau tahu,

Kenapa Melayu tak macam dulu.

.

Hai Melayu!

Jarimu hebat bertutur di Facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa, kau tidak berdaya,

kau cuma tahu bergaya.

.

Hai Melayu!

Kau melaung-laung di jalan raya,

Bagi tahu kepada dunia, ini bumi aku yang punya,

Pada hakiikat, ia digadai pada sepet yang kaya!

.

Hai Melayu!

Sedarlah bangsaku ,

Bukalah mindamu,

Bersatulah bangsaku,

Kerana Malaya bukan lagi milikkmu!

Aku pun Melayu,

Engkau pun Melayu,

Bodoh sombong harus ditepis,

Riak bongkah dan hasad dengkisesama bangsa harus di guris ,

Bersatulah Melayu! kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

Kerana ini mungkin peluang terakhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

samad2
A samad Said ,sasterawan negara yang ulung

Begitulah antara bait-bait puisi yang cukup menyentuh hati. Lalu Melayu perlu sedar dimana tahap kita berada sekarang dan berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Wallahualam.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply