Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi Semasa Viral

Pangsapuri Mikro berharga 160 square feet US$500,000

Perkongsian

Mungkin anda selesa menikmati keselesaan kediaman anda, bukan? Manakah tidaknya seperti perpatah melayu yang mengatakan “syurgaku rumahku”.  Tapi, pernahkah anda mengetahui jenis rumah “Pangsapuri Mikro” yang hanya bersaiz ruang diantara 300 sehingga 420 square feet sebagai kediaman seharian.

Sebuah rekaan telah direka 3017659-inline-micro-apartment-inline-2dan dinamakan “ Pangsapuri Mikro”. Ia direka menyerupai  satu kub kotak yang mempunyai satu ruang sahaja. Didalam satu ruang  telah direka dengan ruang tertentu yang dapat menjimatkan ruang dan saiz bagi menyempurnakan rekaan ini yang berfungsi seakan rumah biasa yang dilengkapi dengan  ruang tamu, dapur, bilik tidur serta bilik mandi. Disebabkan ini, kebanyakkan penghuni rumah ini akan menempah khas tempat tidur mereka dimana katil tidur mereka akan diletakkan  diatas yang berhampiran  dengan permukaan siling rumah bagi menjimatkan sesuatu sudut. Kedengaran agak rumit dan pelik tetapi itulah hakikat yang perlu dihadapi oleh penghuni rumah pangsapuri mikro ini.

Di Hong Kong pembinaan rumah sebegini menjadi pilihan semasaMetro City bagi golongan yangkurang kemampuan  kerana harga yang murah dan mampu dimiliki. Dengan taraf kehidupan kini dan harga hartanah  yang semakin tinggi di kota- kota metropolitan telah menjadikan pembinaan konsep rumah segini semakin banyak dibina. Antara negara-negara yang mengikuti pembinaan ini seperti Jepun, Eropah serta Amerika Utara. Anda juga jangan terkejut apabila rumah seperti ini tidaklah semurah yang disangka. Ruang yang dijual hanyalah bersaiz kecil (dua tapak letak kereta lot) yang dijual pada harga US$500.000  untuk 160 square feet di Hong Kong yang dicatatkan pada Jun 2015.

Anda dapat bayangkan ? Ruang yang sangat kecil pun berharga lebih US$500.000. Dilihat betapa tingginya  harga sesebuah ruang dan hartanah pada zaman kini  dan masa hadapan. Kesimpulan ini, anda perlu melabur didalam pembelian hartanah untuk persediaan kediaman dan perlaburan anda pada masa kelak.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply