Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi Resepi

Tip penjagaan kulit secara alami dan semula jadi.

Perkongsian

 

beauty_face

Secara khususnya, para wanita amat mementingkan kesegaran kulit mereka. Bukan sahaja khusus para wanita tetapi lelaki juga pada masa kini untuk  kulit terlihat lebih putih, cerah dan bersih. Ada sesetengah berpendapat, memiliki kulit yang putih dan licin akan menyempurnakan setiap penampilan dari hujung kaki sehingga ke anak rambut. Tidak hairanlah bagi sesetengah orang yang sanggup berhabis duit dan terkena kesan bahaya bagi rawatan moden yang tidak khusus pada kulit. Kepada mereka yang mencari tip memutihkan kulit kami ada menyediakan beberapa tip khusus untuk anda bagi semua jenis kulit dan peringkat umur.

url

Buah Avokado

Menggunakan buah avokado sebagai pembersih kulit dan skrub badan. Cara menjadikan ia seperti skrub adalah dengan melumatkan buah avokado menggunakan lesung batu atau mesin pengisar yang dicampurkan dengan jus limau nipis. Setelah hancur dikisar atau ditumbuk secara halus atau sebati dan terlihat seakan skrub. Seterusnya, sapukan pada keseluruhan badan secara menyeluruh dan biarkan ia selama 15 minit lalu mandi. Lakukan sekerap mungkin bila anda mempunyai masa.

Khasiat-Lidah-Buaya

Daun Lidah Buaya

Mesti diantara kita ada menanam daun lidah buaya, bukan? Apa kata anda menggunakan ia sebagai bahan kecantikkan anda. Caranya cukup mudah sekali hanya picitkan daun lidah buaya tersebut sehingga keluar lendir daun lalu sapukan pada kulit. Biarkan ia sehingga kering dan cuci bersama air. Lakukan setiap hari pada waktu pagi sebelum mandi dan lakukan juga pada waktu malam sebelum tidur.

teh-serbuk

Serbuk teh

Antara kelebihan serbuk teh adalah dapat menghilangkan sel- sel kulit mati. Dengan ini, kulit akan lebih sihat dan putih dengan kesegarannya. Caranya adalah ambil lebihan serbuk teh yang telah dipakai seterusnya sapukan pada kulit badan dan gosok. Anda akan terlihat warna hitam mulai keluar dari kulit anda. Lakukan ia ketika anda mandi.

cinnamonsticksKulit kayu manis

Ambik kulit kayu manis lalu letakkan air sedikit dan gosokkan pada permukaan kasar seperti bawah permukaan batu lesung. Gosok sehingga terlihat serbuk kulit kayu manis terlihat dan sapukan ia pada kulit. Menggunakan kulit kayu manis mungkin akan memedihkan sedikit tetapi hasil yang menakjubkan. Lakukan sekejap dua kali seminggu.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply