Hiburan

Filem Munafik meraih kutipan melebihi RM4.3 juta

Perkongsian

 

image

Ditayangkan pada februari yang lalu sehingga kini mendapati filem Munafik arahan Syamsul Yusof yang diterbitkan oleh Skop Production telah menambat hati peminat filem seram. Dimana, kutipan seminggu yang lalu telah mendapat kutipan melebihi RM4.3 juta. Sehingga kini, tayangan filem masih ditayangkan di pawagam dan hampir semua tiket mendapati sold out. Tidak dinafikan, promosi dari mulut ke mulut antara faktor filem ini menjadi tarikan kepada peminat filem seram. Boleh dikatakan, hampir semua penonton memberikan maklum balas positif dan kepuasan  terhadap terbitan terbaharu Syamsul Yusof ini.

Shamsul_kamera_1902_620_412_100

Tambahan pula, filem kali ini yang dibawa dengan penuh kelainan yang membawa unsur seram dan  islamik yang dapat membuka hati para penontonnya. Bahkan, banyak unsur islamik yang dibawanya pada kali ini amat berkesan dan membuka mata masyarakat.

Konsep yang dibawa oleh Syamsul Yusof kali ini amatlah berbeza dari filem yang lalu seperti KL Gangster 2. Jalan cerita yang dibawa kali ini lebih memainkan seribu persoalan yang akan berlaku dihujung cerita. Hal ini, membuatkan kebanyakkan para penonton tidak akan bergenjak dari kerusi dan fokus menonton jalan cerita filem munafik ini sehingga pengakhiran ceritanya.

CDSYzwEUMAAMKro

Memetik laporan Harian Metro, filem arahan Syamsul Yusof itu turut mendapat ulasan baik daripada pengkritik. Hal ini menyebabkan Syamsul Yusof mengatakan dia bersyukur apabila penonton masih mempercayai karyanya. Filem ini juga terbukti menjadi filem Melayu pertama mendapat kutipan tertinggi dalam tempoh tujuh hari tayangan di Singapura dan Brunei.

Filem Munafik

Bukan itu sahaja, antara aspek yang memberikan kekuatan filem Munafik ini lebih berkesan adalah penampilan pelakon utama yang hebat seperti Syamsul Yusof, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim dan A Galak.

 

 

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply