Fesyen & Gaya Hidup Semasa

Hukum Paksa-Makan Dadah sehingga Mati

Perkongsian

Kontroversi. Begitu kontroversi cadangan Agensi Dadah Kebangsaan Indonesia untuk menangani gejala Dadah yang semakin menular di Negara Indonesia. Cadangan itu merupakan cadangan terbaru Agensi tersebut kepada kerajaan Indonesia untuk menghadapi peningkataan penagih di negara republik itu.

Agensi Dadah Indonesia ingin menampakkan keseriusannya dalam berhadapan dengan kadar kematian purata 33 orang setiap hari akibat pengambilan dadah di Indonesia dengan membabitkan 4.5 juta penagih. Angka yang mengejutkan ini bersamaan 14 peratus daripada jumlah rakyatnya. Jumlah ini belum termasuk penagih meth yang berselindung di pondok-pondok usang.

Hukuman tersebut akan dilakukan dengan memaksa penagih atau pengedar dadah untuk makan jumlah dadah yang disimpan atau diedar oleh mereka sehingga mereka mati.

Penagih Dadah Indonesia  meliputi 14% daripada 234 juta Rakyat.

drugrehab -- ad9

 

Kematiaan Penguatkuasa

Demi menghalang sindiket dadah terus berkuasa, penguatkuasa undang-undang menjadi mangsa. Kejadiaan gerakan di Ibu Kota Jakarta, mengorbankan 4 orang. Operasi penahanan suspek sindiket dadah semakin giat dijalankan bagi membendung aktiviti haram itu berkuasa.

“Kita haruslah serius menangani dadah musuh Negara” Slamet Pribadi, Jurucakap Agensi Dadah Indonesia

“Kita akan menghalau mereka (penjenayah sindiket dadah) keluar daripada Indonesia” Hendro Pandowo

 

Menolak Hukuman Penjara

hands of a prisoner on prison bars
hands of a prisoner on prison bars

 

Sebahagian aktivis menganggap hukuman tersebut adalah berbentuk penyeksaan dan bersifat tidak adil sama seperti hukuman penjara. Kebanyakkan penagih dadah yang Berjaya ditangkap hanya membabitkan pengambilan dadah dalam jumlah yang rendah.

“Undang-undang menyatakkan sekiranya mereka ditangkap menyimpan satu gram dadah. Mereka sepatutnya di masukan ke dalam pusat pemulihan, bukannya penjara” Rudhy Wedhasma, Penguam Bela

Penjara tidak dikawal dan pekongsiaan jarum adalah biasa. Ini memudahkan penyebaran HIV.

 

Jangkitan HIV Kritikal

Jangkitaan HIV semakin meningkat menurut Indonesian Drug Users Network. Jika dahulu mereka boleh mengasingkan penagih dadah yang menghidap HIV dengan yang tidak berdasarkan kawasan yang mereka diami.

STOPhiv

 

Namun disebabkan penguatkuasaan lebih aktif, mereka mulai bercampur untuk menghilangkan diri daripada dijejaki. Ini menyukarkan kawalan penularan virus HIV di Indonesia.

“Kita akan berdepan jangkitan HIV yang tidak terkawal andai perkara ini berterusan” Sugiharto, Indonesian Drug User Network

Cadangan Agensi Dadah Kebangsaan Indonesia belum dilaksanakan tetapi penyeksaan terhadap penagih pastinya ditetang oleh aktivis kemanusian dan keluarga yang berdepan dengan kenyataan tersebut. Apa-pun Dadah membawa padah. Ketagihan tidak mungkin dapat diatasi walau seberat mana pun hukuman yang dilaksanakan.

 

 

 

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply