Semasa Sukan

Watson Nyambek Dihimpit Krisis Hutang

Perkongsian

Anak kelahiran Bumi Kenyalang ini bukanlah asing dalam dunia sukan. Antara yang atlet terbaik di rantau Asia Tenggara. Watson Nyambek atau dikenali sebagai ‘Flying Dayak’ ini ditemui semula selepas rekod pecutannya cuba dipecahkan oleh atlet sukan pecut muda, Badrul Hisham.

watson-nyambek

Di sebalik wajah tenang miliknya, dia dibebani krisis hutang. Hutang yang dipinjamnya bagi menyara kos rawatan perubatan kanser mendiang bapanya. Menurut senarai bangkrapsi  yang dikeluarkan oleh Jabatan Insovensi Malaysia yang dipaparkan dalam Akhbar Borneo Post, Watson Nyambek disenarai sebagai bangkrap.

Watson Nyambek telah berhutang sebanyak RM80,000 di Bank Islam Malaysia Berhad dan jika termasuk kadar faedah ia bersamaan RM 100,000.

Watson Nyambek Tenang

 Pada masa yang sama, pendedahan tersebut diterima Watson Nyambek dengan tenang walaupun agak bersedih dengan kenyataan tersebut. Beliau mengulas laporan tersebut dalam Facebook peribadinya dan mengesahkan laporan tersebut.  Watson Nyambek dan isterinya, Phyliss sudah lama menjangka perkara tersebut akan berlaku disebabkan beliau tidak dapat membayar dalam tempoh yang ditetapkan.

watson jurulatih
Watson Coaching

Beliau dan isteri sudah sehabis daya mencuba mengerah keringat. Beliau yang kini menjadi jurulatih di Sarawak Sport Council, kekurangan dana bagi melangsaikan hutang tersebut. Isterinya yang merupakan jurulatih juga membuat kraftangan bagi menjana pendapatan sampingan.

“Terima kasih kepada Isteri saya yg berjaya melawan keaadan ketika dilanda Impak Isu kerbankrapan saya ini….saya pun tak tahu mcm mana dia boleh tahan dgn semua ini…
*Dia kata kita tak perlu malu untuk semua ini..kita memang miskin….tak pa ada rezeki tu kita yg kena cari jalan …dan usahakan*
Dia( Phylis Watson) sanggup berpanas jam 2.30pm- 5-6pm di padang bersama saya di padang..mlm dia cepat2 pg cipta program latihan diberi dgn sekolah dan mlm dia akan membuat kraftangan untuk dijual sampai pukul 2 pagi…
Dan kpada kawan2….saya tak minta apa..berdoalah umtuk kesihatan kami dan semoga dimurahkan rezeki..” Watson Nyambek

Segera Dibantu

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyatakkan kesediaan kerajaan Negeri bagi membantu Watson Nyambek selepas ditanya pemberita The Star semalam ketika Program Sejiwa Senada di Kapit, Sarawak.

“I am sorry. I only found out about it now,” Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem

“We will arrange the meeting as soon as possible. This is in appreciation of his contribution and sacrifice for Sarawak,” Datuk Fadillah Yusof

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply