Cinta & Perhubungan Hiburan

15 Tips Mudah Menjadi Suami Romantik!

Perkongsian

Ramai pasangan berkahwin terutamanya suami sangat sukar untuk menunjukkan perasaan cinta dan sayang kepada isteri kerana sikap egois dan malu. Ada juga yang tidak pasti apakah yang dimaksudkan menjadi romantis bagi isteri? Bagaimanakah untuk menjadi romantis?

Bagi suami yang tidak tahu, kami kongsikan 15 tips untuk menjadi suami romantis yang akan mencairkan hati isteri anda supaya isteri makin sayang!

1. Call isteri

6970789-love-call

Apa kata dalam seminggu anda call isteri anda dalam 2,3 kali semasa anda sampai dipejabat dan katakan anda sangat rindukan si dia!

2. Peluk isteri

download (1)

Wanita sangat sukakan pelukan mesra daripada suami mereka. Jika anda lihat isteri anda sedang memasak untuk anda dan anak-anak, apa kata anda memberikan pelukan hangat dari belakang sebagai tanda terima kasih kepada isteri anda!

3. Puji isteri

Ramai suami jarang memuji isterinya, jika memuji hanya dalam hati sahaja. Tahukah anda bahawa wanita sangat sukakan pujian. Apatah lagi dipuji suami sendiri. Walau tidak cantik mana pun isteri anda apa kata anda memujinya cantik, insyaAllah dia akan merasa dihargai dan akan lebih berdandan untuk anda. Janganlah puji hanya bila dia bermakeup sahaja, pujilah hari-hari! 

4. Bergurau senda dengan isteri

Selepas anda pulang dari kerja apa kata anda bergurau senda bersama isteri anda. Manalah tahu dengan gurau senda segala masalah anda dipejabat akan dilupakan dan hati anda akan lebih tenang!

5. Kemas rumah, basuh baju

download (5)

Suami yang romantis adalah suami yang menolong isterinya. Apa kata jika anda lihat rumah agak berselerak, anda ringankan tangan untuk mengemas. Anda juga boleh membasuh dan menjemur baju. Isteri pasti tersenyum!

6. Urut isteri

download (4)

Mengurus rumah tangga dan anak bukan perkara yang senang. Ketika anda dan isteri menonton televisyen apa kata anda urut bahunya. Mungkin perlakuan anda akan mengurangkan keletihannya menguruskan rumah anda.

7. Jaga anak ketika isteri membeli belah

Kita sering lihat jika para isteri membeli belah, dia jugalah yang memegang anak, dia jugalah yang memilih. Apa kata ketika isteri anda sedang membeli belah, dukung anak anda atau anda juga boleh mengambil tanggunjawab untuk menolak stroller baby.

8. Bersama isteri di labour room

download (3)

Perbuatan ini tidak selalu dilakukan oleh lelaki. Kebanyakkan lelaki lebih sukar untuk menemani isteri kerana baginya sudah ada doktor dan jururawat. Tetapi jika saat itu merupakan penghujung hayatnya, sekurangnya dia sempat untuk menatap dan memohon ampun kepada anda. Temanilah isteri anda ke dalam bilik bersalin!

9. Sanggup bangun pagi dan masak untuk isteri

download (2)

Tidak salah dihujung minggu anda masakkan sarapan untuk isteri anda dan bawakan sarapan kepadanya. Layan isteri anda seperti permaisuri!

10. Belanja isteri membeli belah

download

Perempuan dan membeli belah tidak boleh dipisahkan. Ketika anda mendapat gaji, bawalah isteri anda ke pusat membeli belah dan belanjalah dia apa sahaja permintaannya sebagai upah membantu anda dalam rumah tangga.

11. Berikan hadiah

download (6)

Wanita sangat sukakan hadiah. Anda boleh membelikan sekuntum ros dan letakkan di dapur dengan nota romantis. Jangan hanya memberikan hadiah pada hari lahir dan anniversary sahaja!

12. Dengar luahan isteri

download (8)

Jika isteri anda berleter, dengarkan sahaja. Memang lumrah dunia wanita suka berleter. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mendengar sahaja tanpa menjawab, setelah isteri anda selesai  berleter, peluk dan tenangkan isteri anda. Bukankah leteren isteri itu muzik rumah tangga anda?

13. Solat berjemaah

download (10)

Bagi wanita, lelaki yang lebih kepada agama merupakan tarikan yang kuat. Ajaklah isteri anda untuk sama-sama solat berjemaah. Ajarlah dia membaca Al-Quran dan kucuplah dahinya selepas selesai.

14. Lakukan kejutkan

download (7)

Anda boleh mencuba untuk membuat party suprise atau candle light dinner untuk isteri anda. Pasti dia gembira!

15. Ucapkan terima kasih

download (9)

Apa kata setiap hari sebelum anda tidur, ucapkan terima kasih kepada isteri anda. Pasti dia akan merasa dihargai dan menganggap anda romantis!

Aplikasikan tips ini di dalam rumahtangga anda dan jadilah suami yang romantis!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply