Cinta & Perhubungan Inspirasi

Betul Atau Tidak, Ramai Wanita Tidak Melakukan Solat Selepas Akad Nikah. Disini Ada Panduan Untuk Kita Solat Selepas Nikah.

Perkongsian

Tuntutan perkahwinan adalah satu ibadah yang sememangnya menjadi tuntutan dalam Islam dan sudah pasti semua kita yang hidup ini akan berkahwin dengan pasangan yang telah ditentukan olehNya.

Tetapi disebalik perkahwinan yang merupakan satu ibadah ini, ramai kita diluar sana terlupa akan ibadah wajib lain yang menjadi tiang agama iaitu solat.

Disebalik keghairahan pasangan pengantin yang mencantikkan diri diluar sana, ramai antara kita walaupun tidak semua, ada yang mengabaikan solat dihari perkahwinan yang mereka dilayan bak raja.

Gambar Hiasan

Ini kerana, ada yang sanggup korbankan ibadah wajib ini dengan alasan sayang untuk membasuh muka untuk ambil solat kerana “make up” yang ada dimuka dibayar mahal, jika terkena air makan akan hilang solekan dimuka berkenaan.

“Sekali make up hari pengantin dah RM300, kalau basuh rugilah RM300.”

Tapi sanggupkah kita, solat yang merupakan tiang agama kita tinggalkan demi solekan dimuka? Seperti yang dinyatakan dalam laman portal MStar Online, dibawah terdapat fakta mengenai hal ini.

Jom kita baca.

Pengantin sekarang ramai TAK SOLAT .

Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin memang semua nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayangnya kecantikan itu takut dicemari lalu meninggalkan solat yang wajib buat diri.

Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal jam 11 pagi. Maka si pengantin pun menadah muka selama sejam dua lamanya, akhirnya siap bermekap setelah hampir jam 1 tengahari.

Dah tahu Zuhur masuk setengah jam lagi, terus disarungkan busana perkahwinan yang ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tak ada seinchi pun kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan.

Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam yang tidak dapat dipastikan jantinanya lelaki mahupun wanita. Maka bersentuhan lah kulit sang ajnabi bertopengkan wajah si pari-pari untuk menatariaskan pengantin.
Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula hanya diam apabila isteri disentuh lelaki yang juga halal untuk dinikahi si bakal isteri.

Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, telah dicemari dengan kemaksiatan yang tiada berkesudahan.

Busana yang anggun disarung tadi di bawa pula ke majlis pernikahan untuk mnjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka tertanggunglah segala dosa atas bahu si suami yang membiarkan sang bidadari menjadi tatapan nafsu ajnabi.

Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dengan bunyi karaoke sampaikan azan pun diperlekeh dan solat juga tercicir.

Pengantin takut merosak kecantikan majlis dan wajah hanya kerna sudah lengkap berbusana, lalu solat yang fardhu tinggalkan tanpa ada rasa malu melayan tetamu.

Disini, disertakan juga panduan bagi pengantin yang selesai akad nikah untuk melakukan solat.

Lafaz niat solat sunat nikah ialah :

“Usoli sunata nikahi raka’atani lilahi ta’ala ”¬†

Maksudnya : Sahaja aku solat nikah dua rakaat kerana Allah Taala


Bacaaan Surah Selepas Surah Al-Fatihah: 

Rakaat 1- Surah Al-Kafiruun
Rakaat 2- Surah Al-Ikhlas

Apabila selesai mengerjakan solat sunat nikah ini dengan tertib dan sempurna, maka berdoalah kepada Allah swt dengan sebarang doa yang dikehendaki serta mengucapkan syukur kepadaNya, pencipta manusia , iaitu adam dan hawa.

Artikel ini sama-sama mengajak kita untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan diri kita agar dimajlis perkahwinan kita nanti biarlah penuh dengan keberkatan. Yang wajib dilaksanakan dulu. Semoga kita peroleh manfaat dari artikel ini.

Gambar Hiasan
Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply