Cinta & Perhubungan Inspirasi

Haid : Lelaki Ini Menyelamatkan 80% Wanita India

Perkongsian

Arunachalam Muruganantham seorang yang tidak berpendidikan tinggi, tinggal di sebuah perkampungan Coimbatore, Tamil Nadu. Anak seorang penenun miskin ini bertemu jodoh sekitar tahun 1988. Selepas perkahwinannya yang serba daif, beliau teringin menghadiahkan sesuatu buat isterinya. Namun, hadiah memerlukan wang yang mana tidak mungkin dia perolehi sewenang-wenangnya dengan kerja penenun muda mewarisi kerja ayahnya.

maxresdefault (1)

Isteri Sumber Inspirasi

Suatu hari, isterinya menyembunyikan kesan tompokkan haid di pakaiannya. Sifat ingin tahu yang ada pada Arunachalam Muruganatham menyebabkan dia mengetahui bahawa pakaian isterinya kotor akibat darah haid.

“Saya jujur memberitahu yang saya tidak akan menggunakannya (pakaian yang terkena haid) walaupun untuk mengelap scooter” Arunachalam Muruganantham

Dia mendapati bahawa isterinya, Shanti tidak membeli tuala wanita kerana lebih sanggup menggunakan duit tersebut untuk kegunaan membeli susu dan kos menguruskan rumah. Harga tuala wanita yang dijual tinggi di pasaran adalah 40 kali ganda daripada harga 10gram kapas yang digunakan untuk membuatnya. Dia juga mendapati kebanyakkan wanita di perkampungannya tidak menggunakan tuala wanita kerana kos yang mahal. Dia yakin dia boleh mencipta yang lebih murah.

Kajian Arunachalam Muruganantham mendapati  bahawa kaum wanita di kawasan perkampungan menggunakan barangan yang tidak-bersih-kuman (unhygienic substance) seperti pasir dan daun untuk memebersihkan darah haid yang bocor pada pakaian mereka.  Lebih mengejutkan, golongan wanita menggunakan kain yang telah dibasuh darah haidnya tanpa menyidai kain tersebut disebabkan malu untuk menjemurnya .

Tercetuslah inspirasi mencipta Tuala Wanita Hygienic yang mampu milik di India.

“Hanya 12% wanita India menggunakan Tuala wanita” Survey by AC Nielsen, Indian Government (2011)

_73353554_shanthipreeti_resize624

Si Gila Seksual

Beliau digelar gila seksual kerana meminta kaum wanita mencuba tuala wanita yang diciptanya. Percubaan pertama oleh isterinya dan  seterusnya dia meminta sukarelawan dari kalangan pelajar-pelajar kolej perubatan. Percubaan itu gagal. Dia kemudiannya mencuba sendiri disebabkan ketiadaan sukarela. Membawa basikal dan menggantikan darah haid dengan darah haiwan namun bocor. Orang kampung mengelarkannya sebagai orang gila.

“70 % jangkitan pembiakan di India  adalah disebabkan penggunaan menstrual unhygienic”

Setiap kegagalan, beliau memperbaiki ciptaannya sehingga mengabaikan tanggungjawabnya mencari sumber pendapatan untuk keluarga. Dia diceraikan oleh isterinya dan tidak lama kemudian ditinggalkan oleh ibunya kerana terlalu taksub membuat tuala wanita. Mereka ingin dia berubah dan melupakan pekerjaan yang sia-sia itu.  Mereka tidak sanggup mendengar cacian oleh masyarakat kampung di atas minat Arunachalam yang  mendalam terhadap tuala wanita itu. Dia tinggal keseorangan dan terpaksa menjalani kehidupan termasuk menyediakan makanannya sendiri sambil meneruskan penciptaannya secara sembunyi.

23635

Tekad Berjaya

Dia membina mesin membuat tuala wanita itu dengan mesin kayu. Menghantar sampel ke Indian Institute of Technology (IIT) untuk mendapatkan nasihat. Para pelajar dan pensyarah merasa kagum dengan kemampuan Arunachalam Muruganantham walaupun tidak tamat persekolahan. Namun mereka mempertikai kemampuannya menandingi mesin milik syarikat antarabangsa untuk membuat Tuala wanita (hygienic) Mampu-Milik. Dia tidak pun meragui kemampuannya kerana ayahnya dahulu hanya menggunakan mesin tenun kayu tetapi masih mampu bertahan walaupun mesin canggih telah wujud di Bandar.

Selepas Lima tahun, dia Berjaya mencipta sebuah mesin membuat tuala wanita. Mesin itu memenagi anugerah inovasi.  Di antara 943 reka-cipta yang bertanding, mesin Arunachalam Muruganantham mendapat tempat pertama di India. Ia sesuatu yang mengujakan kerana dia yang tidak pernah menamatkan pengajian tetapi Berjaya mencipta sesuatu yang bermakna untuk negaranya.

Arunachalam-Muruganantham

Angin Perubahan

Jika dulu, wanita malu untuk aktif disebabkan kedatangan haid. Sekarang mereka semakin aktif. Arunachalam Muruganantham membuka mata kaum wanita untuk meningkatkan kemahiran mereka dengan mengusahakan usahasama pembuatan tuala wanita. Arunachalam Muruganantham kini bahagia bersama keluarganya di apartment yang sederhana. Isterinya yang kembali ke pangkuan suaminya merasa bersyukur suaminya dilahirkan miskin kerana kemiskinan itu menyebabkan dia tidak sama seperti orang lain yang hanya bekerja mencukupkan poket masing-masing.

“Kemiskinan tidak menyebabkan anda mati. Semuanya berlaku kerana sifat tidak ambil peduli” Arunachalam Muruganantham, seorang yang tidak tamat sekolah tetapi dikenali kerana kebijaksanaannya.

Percayakah anda, dia kini bergelar peniaga dan penceramah di Indian Institute of Technology. Arunachalam Muruganantham dari niat untuk isteri kepada India.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply