Semasa Viral

Identiti Dan Gambar Keluarga Yang Terbabit Nahas Maut Jatuh Cerun. Al Fatihah Buat Ibu Dan Anak.

Perkongsian
Kawasan cerun yang mengakibatkan kematian ibu dan anaknya yang terjatuh

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang lelaki apabila melihat mayat isteri dan anak kecilnya yang berumur enam bulan yang maut selepas tercampak dari ketinggian 50 meter setelah motosikal yang diboncengnya terbabit dalam kemalangan pagi tadi, lapor ntv7 7Edition.

12794402_1288215697862049_6034666726618163223_n
Dikatakan mangsa yang cedera parah pada awalnya telah ditemui oleh orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran motosikalnya. Dan beberapa ketika kemudian, mangsa sedar dalam keadaan terpinga-pinga.

Mangsa yang juga suami dan ayah kepada wanita dan anaknya yang meninggal akibat jatuh dari cerun,
Mayat bayi yang berusia 6 bulan yang ditemui dikawasan cerun.

Kemalangan yang belaku kira-kira jam 9.50 pagi tadi itu berlaku di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Cheras.

Untitled

Hasil siasatan pihak polis, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal membawa isteri sambil memangku anak kecilnya, namun apabila sampai ke satu selekoh tajam, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tebing jalan menyebabkan isteri dan anaknya tercampak jatuh ke bawah bukit berhampiran kawasan perumahan.

Mangsa yang maut dikenali dengan nama Norzaimah Azizi bersama anaknya yang berusia 6 bulan manakala suaminya yang cedera dikenali dengan nama Azmeer.

Untitled
Azmeer bersama arwah isterinya.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala suaminya dihantar ke Hospital Ampang.

Berikutan kejadian, isteri dan anak mangsa telah terpelanting dan jatuh ke cerun bukit berhampiran disebuah kawasan flat disitu. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah ketika ditemui tengah hari tadi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, pihaknya masih menjalan siasan lanjut.

Bagi kejadian ini, polis meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan. Al fatihah buat si ibu dan juga anaknya. Semoga mangsa tabah dengan kehilangan dua orang ahli keluarganya sekaligus.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply