Inspirasi Semasa Viral

Pegawai Bomba Ingin Bertemu Seorang Bayi yang telah Diselamatkannya dalam Runtuhan Highland Tower 23 Tahun Lalu

Perkongsian

Teringin jumpa Nur Hamidah 2 (2)

Putrajaya : Seorang pegawai bomba yang telah menyelamatkan nyawa seorang bayi perempuan berusia 18 bulan pada runtuhan kondominium Highland Tower pada tahun 1993 berharap agar dapat bertemu dengan insan berkenaan. Norizan Saad, 46 tahun merupakan Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyatakan hasrat beliau melalui wawancara baru-baru ini.

Teringin jumpa Nur Hamidah 1
“Jika diberi kesempatan dan diizinkan Allah, saya ingin bertemu dengannya,” kata Norizan Saad.

Norizan mengimbas kejadian berkenaan pada 23 tahun yang lalu apabila pada waktu itu beliau baru bertugas selama 3 tahun sebagai anggota bomba. Ketika runtuhan tersebut beliau ditugaskan unutk membawa turun Nur Hamidah selepas ditemui terperangkap dalam runtuhan di blok A kondominium berkenaan.

“Dia (Nur Hamidah) terperangkap dalam runtuhan. Rakan setugas mengesannya selepas mendengar tangisan. Kita (anggota bomba) mengambil masa agak lama untuk mengeluarkannya kerana bimbang sebarang kesilapan akan menyebabkan runtuhan lain berlaku. Sebaik sahaja berjaya dikeluarkan, Nur Hamidah diberikan kepada saya untuk dibawa keluar dari kawasan runtuhan. Tangisannya memenuhi ruang, kuat dia menangis, bayi biasalah. Saya terus peluk dia sebelum bergegas membawanya keluar dari kawasan berkenaan. Saya serahkan Nur Hamidah kepada pasukan perubatan yang sudah menunggu di kawasan berkenaan sebelum kembali meneruskan tugas menyelamat,” katanya.

Menurutnya lagi, Nur Hamidah ketika itu hanya memakai lampin. Norizan mengakui bahawa penemuan bayi yang terselamat membuatkan harapan semua pihak terutama ahli keluarga mangsa runtuhan yang terbabit menjadi semakin tinggi.

“Harapan itu dapat dilihat pada riak wajah masing-masing. Mereka sabar menunggu, malah akan ada setiap wakil keluarga di kawasan itu menunggu sebarang perkembangan operasi menyelamat,” katanya lagi.

Diharap orang ramai yang menemui Cik Nur Hamidah, atau Cik Nur Hamidah sendiri bolehlah berhubung dengan Encik Norizan Saad. Siapa yang tidak baru berjumpa dengan hero yang menyelamatkan kita kan?

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply