Inspirasi Viral

Tiada niat hina Najib

Perkongsian

Baru sahaja kisah tentang jurusolek Malaysia yang penuh berbakat menjadi viral. Kebolehannya mencorak mukanya sendiri walaupun berhujib kepada pelbagai jenis karakter anime dan juga watak-watak lakonan lain yang terkenal di skrin televisyen mendapat perhatian banyak pihak dari dalam mahupun luar negara.

Screenshot_2016-03-07-00-05-38
Antara hasil tangan Asmawati yang cukup mengkagumkan yang dimuat naik di laman Instagram milikknya.

Lebih hebat, ada ‘fan-page’ daripada luar yang terkenal seperti 9GAG yang mempunyai jutaan pengikut pernah berkongsikan hasil kerja gadis yang dikenali sebagai As ini setelah kagum melihat hasil tangan luar biasa digabungkan dengan kretiviti yang cukup tinggi.

Lebih mengkagumkan, gadis ini melakukan kesemua jenis seni yang dikenali sebagai ‘face paint’ ini dalam keadaan dirinya berhijab dan ianya kelihatan seperti bukan satu halangan untuk menyerlah.

Screenshot_2016-03-07-00-05-53
Antara koleksi ‘face paint’ ilhamnya sendiri.
Screenshot_2016-03-07-00-04-52
Watak dalam filem Games Of Thrones antara yang menarik perhatian

Namun, baru baru ini pemilik akaun Instagram Makeupbyasmawati ini tampil memberi satu kenyataan di akaun tersebut yang mengatakan tindakannya menjadikan imej Perdana Menteri Malaysia sebagai salah satu model untuk mempersembahkan hasil karyanya bukannlah kerana ingin menghina Datuk Seri Najib.

Hal ini kerana, ada pihak-pihak yang mengatakan tindakannya seolah olah tidak menghormati Najib. Sehubungan dengan itu, As turut memohon maaf sekiranyanya gambar tersebut disalah tafsir oleh orang lain.

Screenshot_2016-03-07-00-04-37
inilah gambar yang dikatakan menghina Perdan Menteri
Screenshot_2016-03-07-00-04-21
As tampil dalam kenyataan maafnya.

Biarpun hasil tangannya terpalit dengan kontoversi seperti ini, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya perlu berbangga kerana mempunyai seorang anak gadis Islam yang mempunyai bakat luar biasa seperti ini. Dan masyarakat haruslah lebih menyokong daripada hanya mencari kesalahan sesama sendiri.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply