Semasa

2 Tahun MH370 Menghilang: Rakyat Malaysia Masih Berharap

Perkongsian

Tepat tarikh ini, 8 Mac dua tahun yang lalu lebih kurang jam 1.30 pagi Malaysia digemparkan dengan satu berita kehilangan sebuah pesawat komersial Malaysia Airlines yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan tidak dapat dikesan oleh radar sebaik sahaja mendekati sempadan ruang udara Vietnam.

A woman writes a message on a board for passengers onboard missing Malaysia Airlines Flight MH370 and their family members, at Dataran Merdeka in Kuala Lumpur March 22, 2014. Two weeks after the airliner went missing with 239 people on board, officials are bracing for the "long haul" as searches by more than two dozen countries turn up little but frustration and fresh questions.  REUTERS/Samsul Said (MALAYSIA - Tags: DISASTER TRANSPORT)
MH 370: kehilanggannya kekal misteri sehingga hari ini

Lebih memilukan, biarpun sudah tahun peristiwa hitam dalam sejarah penerbangan Malaysia itu berlalu, masih ada lagi waris yang tidak dapat menerima kenyataan tentang kehilangan pesawat tersebut. Hal ini kerana, mereka seakan-akan meragui kenyataan dan pengesahan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia mengenai status sebenar pesawat tersebut. Tidak kurang juga dengan waris yang enggan menerima wang pampasan daripada pihak Malaysia Airlines System(MAS). Kebanyakan waris yang kehilangan ahli keluarga dalam kecelakaan itu tidak akan berhenti berharap sehingga bangkai pesawat tersebut benar-benar ditemui.

MH2
Sebahagian mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut

Untuk mengenang kembali kehilangan penuh tragik pesawat MH370,ikuti kronologi ringkas ini:

  • 8 MAC 2014-Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi waktu tempatan, menuju ke Beijing. Ia hilang dari pemantauan radar awam Malaysia pada jam 1.30 pagi ketika ia mendekati sempadan ruang udara Vietnam. Walau bagaimanapun, tiada komunikasi antara pesawat dengan pusat kawalan trafik udara (ATC) Vietnam selepas itu.
  • 9 MAC 2014-Panglima Tentera Udara Malaysia memberitahu bahawa pesawat berkenaan mungkin mengubah haluan menuju Kuala Lumpur tanpa sebab tertentu, dan hanya memetik data radar. Pencarian yang bermula di Laut China Selatan kemudian diperluas ke sebelah barat Semenanjung Malaysia dan pihak tentera udara mengesahkan MH370 muncul dalam radar tentera sehingga jam 2.15 pagi.
  • 15 MAC 2014-Dalam sidang media, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam dan melencong dari laluan penerbangan pada masa yang sama sistem komunikasi dan transponder dimatikan. Data satelit menunjukkan lokasi terakhir pesawat tersebut berada di mana-mana titik pada dua lengkok yang merentasi kawasan utara ke Asia Tengah dan selatan ke Lautan Hindi. Zon carian di Laut China Selatan tidak diteruskan.
  • 24 MAC 2014-Najib Razak yang berpandukan analisis terbaharu data satelit telah mengumumkan ‘dengan penuh kesedihan dan kesal’ bahawa MH370 telah berakhir di Lautan Hindi.
  • MH4

    31 MAC 2014– Malaysia mengeluarkan transkrip perbualan juruterbang melalui komunikasi radio, namun ia tidak memberi sebarang petunjuk yang nyata.

  • 4 APRIL 2014-Teknologi pengesan kotak hitam dari Amerika Syarikat mula menjalankan imbasan di zon yang dipercayai menjadi lokasi pesawat terhempas, dengan masa semakin suntuk untuk mengesan isyarat beacon kerana hayat bateri pada alat perakam penerbangan semakin lemah.
  • 5 APRIL 2014-Sebuah kapal pencari dari China mengesan ‘isyarat’ di dasar Lautan Hindi. Lebih banyak isyarat ‘ping dikesan oleh kapal-kapal lain pada hari-hari berikutnya, namun terpadam sebelum lokasinya dikenal pasti. Beberapa pakar mencurigai bahawa ia ada kaitan dengan MH370.
  • 28 APRIL 2014– Australia mengumumkan pencarian akan diperluas merentasi kawasan laut yang luas. Tumpuan misi tersebut selama beberapa bulan adalah untuk memeta permukaan dasar laut sebelum pencarian diteruskan.
  • 27 MEI 2014-Selepas berminggu-minggu menerima tekanan dari keluarga mangsa nahas, Malaysia mengeluarkan data satelit terbaharu untuk menentukan zon pencarian. Waris mangsa memberitahu data kritikal telah dipadamkan.
  • 6 OKTOBER 2014-Sebuah kapal yang dikerah oleh Malaysia meneruskan pencarian sonar untuk mengesan serpihan pesawat di dasar laut. Tiga buah kapal khas Belanda turut menyertai usaha pencarian yang dijadualkan berakhir pada Mei 2015.
  • 29 JANUARI 2015-Kerajaan Malaysia mengumumkan kehilangan pesawat MH370 sebagai sebuah kemalangan’ dan semua penumpang dan anak kapal ‘dipercayai terkorban’. Pengumuman itu membuatkan waris keluarga nahas berasa marah dan mendesak agar bukti dikemukakan.
    A relative (woman in white) of a passenger onboard Malaysia Airlines flight MH370 cries as she talks on her mobile phone at the Beijing Capital International Airport in Beijing in this March 8, 2014 file photo. Malaysia is "almost certain" that plane debris found on Reunion Island in the Indian Ocean is from a Boeing 777, the deputy transport minister said on July 30, 2015, heightening the possibility it could be wreckage from missing Flight MH370. REUTERS/Kim Kyung-Hoon/Files
    Rakyat Malaysia sedih? Bagaimana perasaan anak ini yang kehilngan ayahnya dalam nahas tersebut?

    Kehilangan MH370 kekal sebagai misteri sehingga hari ini. Masyarakat seluruh dunia mahukan jawapan adakah semua yang berlaku ini telah dirancang atau sebaliknya.

    “Kalau tong air boleh timbul atas air, masakan pesawat yang begitu besar boleh lenyap begitu sahaja”.

    Wallahualam. Sama-sama kita doakan supaya mereka tenang di ‘sana’.

     

    SUMBER: Astro AWANI

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply