Semasa Viral

Anggota Badan Albino dikerat untuk Ilmu Hitam dan Tuah

Perkongsian

Benua Afrika walaupun sudah di era 20-an masih ada rakyatnya mengamalkan ilmu hitam dan kepercayaan karut. Ilmu hitam digunakan oleh ahli shir bagi tujuan memberikan kekayaaan. Ramai juga dalam kalangan masyarakat afrika mempercayainya untuk kegunaan tuah.

Salah-satu ramuan yang paling laris adalah bahagian anggota badan iaitu tulang Albino. Menurut MyMetro, tujuh orang lelaki dihukum bakar hidup-hidup di Malawi selepas didapati menyimpan sejumlah tulang milik individu Albino.

Individu Albino yang mudah dikenal-pasti dalam kalangan masyarakat Afrika kerana kulit mereka yang putih diancam kehidupan mereka dengan kes pembunuhan dan penculikan. Harga seorang individu Albino di Afrika yang dijual secara haram boleh mencecah 10 ribu dolar Amerika.

ca03930

Tujuh orang lelaki yang dibakar hidup-hidup  tersebut kedapatan menyimpan tulang milik individu Albino selepas masyarakat mendengar perbualan mereka secara tidak sengaja.Masyarakat di daerah Nsanje di Negara Melawi itu mengejar suspek dan mendapati terdapat tulang di dalam beg yang dibawa oleh mereka. Selepas Berjaya mengesahkan tulang itu milik individu Albino, pembunuh tersebut dibakar seorang demi seorang di kawasan lapang.

Meskipun kejam, itu bukan lah kali pertama hukuman sebegitu dilakukan di Afrika. Polis tidak dapat masuk campur disebabkan kekurangan bukti. Masyarakat semakin benci dengan kes yang tidak berkesudahan itu.

Di Negara lain di Afrika iaitu Tanzania, sebanyak 70 kes kehilangan individu Albino di Tanzania dan 10 orang disahkan dibunuh. Selain daripada itu, 139 kubur albino dibongkar dan bahagian badan mereka dicuri. Sebilangan individu Albino dari negara asing datang bagi melancarkan gerakan hak asasi masyarakat Albino di sana.

_79608074_img_6091
Golongan Albino yang terancam

Seorang ahli Aktivis Sengerema Albino Society, Mashaka Benedict memberitahu wartawan BBC bahawa golongan berpendidikan masih mempercayai kepercayaan karut itu. Golongan tersebut termasuklah para peniaga dan ahli politik. Ini menyukarkan proses penangkapan individu yang menjadi dalang dalam kes penculikan dan pembunuhan masyarakat Albino.

Semoga mereka dapat mengecap hidup yang lebih aman di sana.

_79612196_img_6170
Tugu Pembebasan Albino di Tanzania
Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply