Inspirasi Semasa Viral

Hiasan Dalaman Pesawat Milik Sultan Johor Yang Buat Kita Terpegun.

Perkongsian

Screen Shot 2016-03-07 at 1.52.38 AM

Kami pasti semua sedia maklum dengan pesawat Boeing 737 yang berwarna emas milik Sultan Johor yang baru je sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Pesawat itu dikhabarkan dihantar khas dari Amerika Syarikat. Wahh.. Bestnya ada pesawat peribadi.

Seperti yang dinyatakan dalam laman portal Oh Bulan, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar amat teruja untuk melakukan penerbangan pertama pesawat tersebut ke Tanah Suci Mekah. Baiklah, disebalik pesawat emas tu, mesti anda nak tahu bagaimana bahagian dalam macam mana kan? Ini beberapa foto yang dapat kami kongsi.

Emas & Eksklusif!

Screen Shot 2016-03-07 at 1.40.28 AM

Screen Shot 2016-03-07 at 1.38.42 AM

Screen Shot 2016-03-07 at 1.39.01 AM

Ternyata sekali citarasa Sultan Johor sangat classy dan eksklusif. Pemilihan pesawat berwarna emas sangat sesuai. Untung la siapa yang dapat bergambar, masuk dan rasakan sendiri pengalaman berada dalam pesawat ni. Macam yang kat atas tu.. Hehe

Mengimpikan penjelajahan dunia, Sultan Ibrahim Iskandar juga berharap dapat membawa mereka yang kurang bernasib baik ke Mekah bagi mengerjakan haji menaiki pesawat itu.

“Saya ingin menjelajah dunia seperti nenek moyang saya yang pernah mengembara dengan kapal,” katanya dipetik laporan mStar hari ini.

“Saya masih belum merancang perjalanan saya tetapi mungkin boleh terbang ke Pulau Pinang untuk menikmati nasi kandar,” tambah baginda.

Pesawat bercat emas dan biru yang berlambangkan negeri Johor di bahagian ekor dan bendera di bahagian badan itu turut dilengkapi dengan ruang makan, bilik tidur dan ruang mandi.

Mengambil masa dua tahun untuk disiapkan termasuk 18 bulan bagi kerja pengubahsuaian dalaman, pesawat itu boleh menampung antara 25 hingga 30 orang.

Katanya, pesawat itu juga akan digunakannya untuk mempromosikan Johor selain membawa bersama-sama pegawai kerajaan baginda.

Interior bahagian dalam yang mewah

Screen Shot 2016-03-07 at 1.38.50 AM

Screen Shot 2016-03-07 at 1.39.34 AM

Screen Shot 2016-03-07 at 1.39.17 AM

Screen Shot 2016-03-07 at 1.42.34 AM

Anda tengok la bahagian dalam pesawat ni. Mewah dan interior dalaman yang sangat unik. Dari tempat duduk yang diperbuat dari leather dan juga koleksi frame potongan ayat Al-Quran yang sangat cantik.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply