Inspirasi

Hilangkan kedut baju tanpa seterika

Perkongsian

Siapa pun pasti tidak akan menyukai baju berkedut. Baju yang ronyok dan berkedut akan merosakkan imej sesiapa sahaja untuk tampil lebih segak dan yakin di khalayak ramai. Namun kadang kala, faktor masa sering menjadi halangan. Bagi yang suka mengembara, pengembaraan dengan membawa sebiji seterika kelihatan begitu remeh. Tidak kurang juga dengan para pelajar yang sering terlajak tidur dan tidak sempat ‘iron’ baju untuk ke kelas.

kedut1
Baju berkedut boleh menjejaskan imej seseorang

Namun, kedutan di baju boleh dihilangkan dengan mudah walaupun tanpa menggunakan seterika. Jum kita tengok cara-cara menghilangkan kedutan pada baju:

1.Gunakan cuka

kedut3

Seperti yang kita tahu, banyak kebaikan dan khasiat cuka untuk kegunaan rumah dan kesihatan. Caranya,bancuh campuran satu (1) nisbah cuka bersama tiga (3) nisbah air biasa. Masukkan di dalam botol semburan dan ia siap untuk digunakan sebagai semburan ajaib yang dapat menghilangkan kedutan ekstrem pada pakaian! Jangan khuatir kerana cuka adalah sejenis cecair yang tidak merosakkan serat benang pakaian.

2.Wap stim daripada cerek

kedut4

Ini merupakan cara paling mudah. Sambil kita sedang menuggu air masak untuk membancuh kopi atau teh di petang hari, wap stim yang keluar daripada cerek sangat berguna untuk menyelasaikan masalah baju kedut.Regangkan kain anda 12 inci diatas cerek, acukan ianya kepada wap stim yang keluar daripada muncung cerek. Anda akan sedar bahawa kedutan beransur hilang sebaik ianya diwap.

3.Gunakan tekanan tilam

kedut5

Salah stau cara yang berguna ketika ada sedang menikmati percutian. Hamparkan pakaian yang anda ingin pakai pada keesokkan harinya dibawah tilam sebelum anda tidur. Esok pagi, anda pasti perpuas hati dengan hasilnya. Cuma harus diingatkan, hamparkan pakaian dengan rata dan sebaiknya.

4. Gunakan periuk rebus

kedut6

Ini merupakan cara tradisional untuk menghilangkan kedut. Paling utama gunakan periuk yang permukaan bawahnya bersih dan rata. Caranya, didihkan air dalam periuk atas dapur, pastikan ianya betul-betul mencapai suhu kepanasan yang cukup. Usai sahaja, buang air rebusan ke dalam sinki atau asingkan ketempat lain kalau-kalau anda mahu menggunakan air rebusan untuk benda lain. Okay! Gunakan permukaan bawah periuk seperti seterika. Cara ini adalah sangat efektif dan berguna seperti seterika sebenar.

Sudah tahu caranya? Sekarang kongsikan untuk manfaat bersama. InshaAllah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply