Semasa Viral

Pengebumian Arwah Norzaimah Dan Bayinya Di tangisi Ahli Keluarganya.

Perkongsian

Kuala Lumpur: Allahyarham Norzaimah Azizi, 29, dan bayinya, Eshan, berusia tujuh bulan yang tercampak ke cerun bukit berbatu di Taman Bukit Permai, Ampang, di sini, pagi semalam akibat kemalangan motosikal, selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad, 8.30 malam tadi.

 

 

 

12803045_10205960747034081_9153365617829492948_n
Arwah Norzaimah dalam bulatan.

Menurut laporan laman portal Harian Metro, dua beranak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheras Baru sambil diiringi suami Norzaimah, Mohamad Azmeer Alfaeidz Abd Aziz, 32, yang terselamat dalam kemalangan itu.

Mohamad Azmeer yang sebelum itu dirawat di Hospital Ampang turut menghadiri majlis pengebumian isteri dan anaknya yang tercinta. Tangisan Mohamad Azmeer yang turut berkerusi roda mengundang pilu dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan yang hadir di tanah perkuburan berkenaan. Manakan tidak hati tidak sayu saat melihat jenazah isteri dan anak tercinta dimasukkan ke dalam liang lahad.

Terdahulu, 150 jemaah menunaikan solat jenazah ke atas di Masjid Nurussaadah, Kampung Cheras.

Dalam kejadian 9.30 pagi semalam, motosikal ditunggang Mohamad Azmeer terlanggar penghadang di bahu jalan ketika menuruni bukit dipercayai cuba mengelak kenderaan dari arah bertentangan.

Hasil siasatan pihak polis, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal membawa isteri sambil memangku anak kecilnya, namun apabila sampai ke satu selekoh tajam, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tebing jalan menyebabkan isteri dan anaknya tercampak jatuh ke bawah bukit berhampiran kawasan perumahan.

Norzaimah yang membonceng motosikal dan mendukung Eshan, tercampak ke cerun bukit berbatu itu dan meninggal dunia akibat parah di kepala.

12376786_460226477504627_1253126900310970981_n

12802741_460222477505027_5624382051023438598_n

 12809509_460222454171696_2690279567942573059_n

Semoga arwah isteri dan anak Mohamaf Azmeer ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin. Semoga mangsa juga diberi ketabahan menghadapi ujian ini. Al Fatihah.

oippp

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply