Hiburan

Kisah lagenda karakter “Hello Kitty”.

Perkongsian

hello-kitty seram

Karakter “Hello Kitty” adalah karakter kartun yang berasal dari Jepun. Kecerian dan kecomelan “Hello Kitty” boleh membuatkan kebanyakkan perminatnya terpesona  melihat perwatakkan dan terlatahnya. Tetapi, tahukah anda bahawa karakter “Hello Kitty” mempunyai cerita hitam disebaliknya?

Mengikut cerita lagenda “Hello Kitty” yang dipercayai telah berlaku di sekitar tahun 1970’an,  seorang ibu mencari  ikhtiar atau alternatif lain bagi  merawat anaknya yang menghidap penyakit kanser mulut. Hal ini kerana,  doktor yang merawat anaknya, menyatakan bahawa tiada rawatan saintifik yang dapat merawat anaknya untuk sembuh dari penyakit tersebut.

Demi menyelamatkan anak kesayangannya, si ibu telah bertafakur dan berdoa di sebuah gereja yang berhampiran dengan kotanya berbulan lamanya. Malangnya, usaha si ibu tidak membuahkan hasil dan si ibu telah patah semangat. Disebabkan terlampau menyanyangi dan mencintai anaknya yang menderita kanser mulut, si ibu telah membuat keputusan dengan melibatkan diri dalam perjanjian halus dengan syaitan.

becc55874d_gadis-kecil-dan-cerita-hello-kitty-20160109-1345201

Pada saat anaknya hampir sembuh dari penyakit kanser mulut, menurut syarat yang dikenakan oleh perjanjian syaitan tersebut, si ibu harus menciptakan satu karakter yang dapat menarik perhatian kanak- kanak. Disebabkan ini, si ibu telah membuat satu patung yang mempunyai maksud tertentu dan terhasillah satu patung yang merupai kucing tanpa mulut yang mengenangkan penyakit kanser mulut yang di hadapi oleh anaknya. Dengan menggunakan karakter “Hello Kitty” ini juga merupakan satu cara penyembahan syaitan. Hal ini dikuatkan lagi pada nama “Hello Kitty” yang membawa maksud ” Hi Syaitan” jika diubah kepada bahasa cina.

 Tanpa mengetahui cerita tentang lagenda “Hello Kitty” ini, kita hanya memahami dan melihat satu animasi kartun yang ceria dan comel sehingga dapat menutup kisah hitam disebaliknya. Tetapi, apakah yang membuatkan animasi “Hello Kitty” ini begitu popular di kalangan kanak- kanak dan apakah mesej yang ingin disampaikan menerusi animasi ini, bahkan karakter animasi yang comel ini turut mendapat sambutan yang luar biasa dalam kalangan orang-orang dewasa. Dapatkan anda merungkai persoalan ini?

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply