Fesyen & Gaya Hidup Semasa

Laluan khas untuk pengguna telefon bimbit

Perkongsian

Chongqing, China- Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh People’s Daily China, satu laluan telah disediakan kepada orang awam untuk menggunakan telefon bimbit¬†semasa berjalan. Hal ini menyebabkan ramai orang awam terkejut dengan pembukaan laluan khas yang mengutamakan pengguna telefon bimbit semasa berjalan.

Phone Lane

Idea laluan khas ini dibina oleh kerana beberapa faktor yang dikaji iaitu peningkatan pengguna telefon bimbit yang semakin meningkat tanpa mengira peringkat umur dan kadar kemalangan yang berlaku sewaktu menggunakan telefon bimbit ketika berjalan. Antara faktor ini telah menguatkan idea ini dan diwujudkan laluan khas untuk pengguna telefon bimbit.

imrs

Bagi pengguna yang menggunakan telefon bimbit semasa berjalan, mereka akan melihat satu laluan yang dibahagikan kepada dua pembahagi laluan yang dipisahkan dengan garisan putih. Dimana, pengguna akan melihat laluan pertama hanya dikhaskan untuk mereka yang berjalan tanpa menggunakan telefon bimbit dan laluan kedua dikhas kepada pengguna laluan yang menggunakan telefon bimbit. Ciri- ciri laluan ini direka supaya pengguna tidak terhalang dan terlanggar sesama mereka kerana faktor mereka yang menggunakan telefon bimbit lebih terleka dan berjalan perlahan.

Rekaan laluan khas ini tidak hanya berlaku di Chongqing, China sahaja tetapi pernah wujud di 18th street, Washington DC yang melakarkan laluan khas seperti ini yang berfungsi kepada pengguna telefon bimbit semasa berjalan. Pencubaan laluan khusus ini masih diuji semasa ke semasa untuk melihat tahap penggunaannya terhadap orang awam.

Kesimpulannya, kota- kota yang membangun dengan maju dan kesibukan orang awam akan meningkatkan penggunaan telefon bimbit dikalangan mereka untuk berkomunikasi tanpa had. Apa pendapat anda, jika laluan khas ini wujud di kota- kota Malaysia seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang?

Untitled

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply