Inspirasi Sukan

5 Mitos Kecergasan

Perkongsian

Dalam usaha untuk mendapatkan tahap kecergasan yang bersesuaian?

Bagi orang baru, dunia kecergasan adalah sesuatu yang subjektif dan sukar untuk ditafsirkan. Agak mencabar juga untuk mendapat kecergasan dan kesihatan yang sepatutnya tanpa disuap dengan pelbagai maklumat yang tidak benar. Jom kita kenali lagi dunia kecergasan dan hapuskan 5 mitos kecergasan ini…

image

Otot lebih berat daripada lemak

Penjelasan : satu paun otot tidak mungkin melebihi satu paun lemak. Satu paun tetap kekal satu paun. Bezanya, otot lebih padat berbanding lemak, dimana satu paun otot hanya mengambil ruang yang lebih sedikit berbanding satu paun lemak. Jika ruang yang sama antara lemak dan otot dibandingkan, tentunya otot lebih berat tetapi apa yang dipertikaikan mengenai kenyataan ini adalah dari segi penurunan berat badan. Ya, pada awal program pemakanan dan kecergasan, skala penurunan mungkin tidak berganjak sebagaimana yang anda mahu kerana rangsangan dalam otot disamping pengurangan lemak, tetapi anda akan kelihatan lebih baik dan merasai perubahannya. Apakah cara terbaik untuk menanggung “seksaan” ini? Berhenti memikirkan berat anda secara keterlaluan. Berat hanya nombor. Jika anda memenuhi badan anda dengan makanan bersih dalam jumlah yang sesuai dan mengikuti program senaman secara teratur, anda tidak perlu lagi bergantung kepada skala untuk memberitahu bahawa sama ada anda berada di landasan yang betul!

Lakukan kardio untuk membakar lemak

Betul, senaman kardiovaskular membakar lemak, tetapi ia sama juga dengan latihan kekuatan. Ramai yang terlepas pandang mengenai faedah latihan kekuatan, dimana ia juga melindungi kesihatan tulang. Pada terasnya, latihan kekuatan meningkatkan lagi jisim otot. Peningkatan jisim otot bermakna kadar rehat metabolik yang lebih tinggi – maksudnya anda membakar lebih banyak kalori dengan hanya duduk melakukan latihan tersebut berbanding anda melakukan sebaliknya. Jadi, kedua-dua latihan kekuatan dan kardio menggalakkan pembakaran lemak anda. Dua adalah lebih baik dan lebih bermakna daripada satu!

image

Bersenam 1 jam baru dapat lihat perubahan

Ini tidak benar sama sekali. Sebenarnya, ia bergantung kepada senaman yang anda lakukan, mungkin lebih atau kurang. High Intensity Interval Training (HIIT) telah membuktikan bahawa peningkatan metabolisma mengambil masa beberapa jam (24-36) selepas latihan anda. Kesan jangkamasa singkat bagi berjalan perlahan juga telah terbukti memberi manfaat kepada jantung anda. Jadi, sama ada anda merupakan pengamal senaman yang tegar atau pelari yang tidak konsisten, berapa jumlah senaman semuanya penting – dari 10 minit hingga 2 jam. Jika anda mampu lakukan sebanyak 20 kali senaman mencangkung semasa waktu makan tengahari, itu sudah memadai, walau sedikit ia tetap dikira! Sepuluh minit senaman dengan peningkatan setiap hari juga memberi penambahan dalam kiraan perubahan.

Badan wanita akan menjadi besar jika angkat berat

Jom kita ringkaskan ia sekaligus untuk semua. Angkat berat adalah sangat bermanfaat untuk semua orang. Otot wanita tidak akan berkembang seperti otot lelaki dengan mengangkat berat. Wanita mempunyai tahap testosteron yang lebih rendah berbanding lelaki, bermakna wanita tidah mudah berkembang sebagaimana lelaki. Malah, angkat berat akan menjadikan wanita lebih kuat dan mantap. Ia sebenarnya amat penting atas faktor peningkatan umur.

image

Kecergasan bergantung kepada BMI

Jika BMI anda melebihi 24.9, tidak bermakna anda merupakan orang yang kurang cergas atau kurang sihat. Indeks Jisim Badan (BMI) memudahkan pemerhatian terhadap kesihatan. Orang yang terlalu berotot selalunya mempunyai BMI yang tinggi, tetapi cukup sihat dan mantap. Berhenti menumpukan kepada BMI dan tetapkan matlamat kecergasan dan berusaha mencapai ke arah itu bukan memberi tumpuan ke arah nombor.

Bagi memperolehi kemantapan badan memerlukan banyak usaha. Tetapi, ianya tidak mustahil. Berhenti meragui diri sendiri! Berhenti mendengar kata-kata mengarut yang melemahkan. Tumpukan kepada perkara yang membuatkan anda rasa selesa dan sihat. Mudah jer kan!

Apakah mitos kecergasan yang sentiasa menghantui anda?

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply