Semasa Viral

Facebook – Perkuburan Maya Terbesar Abad Ini

Perkongsian

download

AMHERST, Massachusetts : Seorang pakar statistik memberitahu media bahawa Facebook akan mempunyai lebih banyak akaun orang yang meninggal dunia daripada orang yang hidup menjelang hujung abad ini. Laman sosial Facebook yang mempunyai lebih 2.5 billion pengguna di seluruh pelusuk dunia dikatakan akan menjadi ‘perkuburan terbesar’ apabila keengganan Facebook untuk tidak mengaktifkan mana-mana akaun yang tidak digunakan secara automatik. Ini menyebabkan pengguna yang sudah meninggal dunia lebih ramai berbanding yang masih hidup. Bayangkan jika anda ingin berkenalan dengan seorang lelaki di Facebook, sedangkan sebenarnya dia sudah meninggal 10 tahun yang lalu. Jadi anda menyukai seorang yang sudah meninggal dunia tanpa mengetahui status hayatnya.

Kiraan itu dibuat oleh pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang statistik di Universiti Massachusetts dengan anggapan bahawa kadar pertumbuhan Facebook pada masa hadapan akan berkurang kerana ramai pengguna yang sedia ada sudah meninggal dan tempoh untuk menunggu golongan muda (bayi dan kanak-kanak) untuk membuat akaun Facebook akan memakan masa. Ini menyebabkan Facebook mengekalkan polisi yang sedia ada dengan mengekalkan semua akaun-akaun yang ada walaupun kebanyakkan akaun milik pengguna yang sudah meninggal dunia. 

Tindakan untuk mengekalkan dan tidak memadamkan akaun pengguna yang sudah meninggal digantikan dengan menukar status paparan akaun tersebut sebagai ‘memorial’.

Satu-satunya cara yang boleh digunakan untuk memadam akaun-akaun pengguna yang sudah meninggal adalah dengan cara manual. Dimana pengguna lain perlu mengetahui kata laluan untuk masuk dan menutup akaun berkenaan di bahagian ‘settings’, kemudian ke ‘Security’ dan pilih ‘Deactive Your Account’. Memandangkan kebanyakkan pengguna Facebook merahsiakan kata laluan media sosial masing-masing daripada sahabat dan keluarga, ini memungkin bahawa akaun Facebook mereka akan kekal aktif walaupun mereka sudah meninggal dunia.

Bayangkan apabila anda sudah meninggal dunia tetapi akaun Facebook anda masih aktif? Hebat bukan?

facebook-gravestone

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply