Inspirasi Semasa Viral

Gerhana Matahari Menurut Islam Dan Solatnya Menurut Jakim

Perkongsian

Fenomena gerhana matahari: Umat Islam digalakkan solat sunat pagi esok.

Tempoh gerhana matahari penuh pada kali ini ialah 4 minit 9 saat dengan magnitud gerhana 1.045.

KUALA LUMPUR: Bersempena fenomena gerhana matahari separa hari ini Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata gerhana matahari separa akan bermula pada jam 7.24 pagi dan mencapai tahap kemuncak pada jam 8.23 pagi.

“Jakim menyeru semua masjid dan surau supaya dapat mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mengadakan solat sunat gerhana (kusuf) berserta khutbah gerhana.

“Ibadat sunat ini seharusnya dapat ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Berikut adalah panduan solat sunat gerhana daripada Jakim :

Solat Sunat Gerhana Matahari

Menurut Othman, Jakim melalui Unit Falak dan Masjid Putra, Putrajaya akan menganjurkan solat sunat gerhana matahari pada jam 8 pagi dan aktiviti cerapan dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

“Orang ramai terutama penduduk di kawasan Putrajaya dan kawasan sekitarnya adalah dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi ini serta turut serta menunaikan solat sunat gerhana matahari.”

Gerhana dijangka berakhir pada jam 9.30 pagi waktu Malaysia.

Jadual waktu berlaku gerhana matahari separa di Malaysia.

Seperti yang disampaikan dalam khutbah sempena peristiwa gerhana matahari ialah kejadian ini merupakan suatu iktibar kepada umat manusia bahawa kita adalah makhluk kecil dan lemah di sisi Allah SWT. Allah SWT memperlihatkan sedikit daripada bukti kekuasan-Nya kepada manusia melalui peristiwa gerhana matahari yang merupakan salah satu fenomena yang amat mudah bagi-Nya. Firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 37:

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.”

Kejadian gerhana matahari berlaku akibat dari kedudukan sejajar antara matahari, bulan dan bumi. Manakala gerhana bulan berlaku apabila kedudukan sejajar antara matahari, bumi dan bulan. Kedudukan sebegini akan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bumi kerana itu ia dinamakan gerhana. Kita sedia maklum bahawa bulan dan bumi sifatnya adalah menerima cahaya daripada matahari sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 5,

Maksudnya: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, danelainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar; Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui hikmah sesuatu yang dijadikanNya).”

Kejadian gerhana matahari tiada kaitan dengan malang atau celaka sesuatu perkara. Ia merupakan keadaan yang berlaku sejak dahulu kala lagi termasuklah juga pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW yang mana kebetulan ketika itu wafat putera baginda yang bernama Ibrahim. Maka ramai yang menyangka bahaahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda-tanda kekuasaan Allah.

FB_IMG_1457487306474

Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan mati seseorang dari kalangan manusia, maka pabila kamu melihat berlakunya suasana (gerhana matahari dan bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan kelihatan semula bagi kamu.”

FB_IMG_1457487306474

Antara nasihat yang diselitkam sempena kejadian gerhana matahari ialah :

Pertama: Fenomena kejadian gerhana merupakan bukti kebesaran Allah SWT yang ditunjukkan kepada makhluk-Nya untuk dijadikan bahan tafakkur.

Kedua: Menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah

Ketiga: Menghitung, mempertingkatkan dan memperkemaskan amal kebajikan sepanjang masa.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply