Inspirasi

12 Jam Sebelum Ke Tali Gantung!

Perkongsian

Kisah ini merupakan kisah benar yang pernah diceritakan oleh seorang banduan akhir. Sofea (bukan nama sebenar) telah dijatuhkan hukuman gantung smapai mati oleh mahkamah kerana kesalahan yang telah dilakukan. Seorang wanita ini cukup tabah dan masih mampu menerima undangan Wanita Hari Ini untuk bersama-sama memberikan keinsafan kepada penonton yang janji Allah tentang mati itu pasti.

gantung1
hukuman gantung sampai mati diberikan kepada mereka yang melakukan kesalahan berat setelah melalui proses perbicaraan yang lama.

Allah sengaja merahsiakan kematian daripada pengetahuan hambanya supaya manusia dapat menikmati nikmat hidup. Sekiranya Allah membuka rahsia tersebut, nescaya tidak ada seorang pun di atas dunia ini yang akan melakukan kemungkaran. Berbeza bagi Sofea, Ajalnya telah diketahui, 12 jam dari sekarang nyawanya akan ditamatkan dengan hanya sekali henjutan tali. Allahuakbar!

” Kamu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana melakukan kesalahan sekian sekian yang akan dilaksanakan pada hari jumaat ini bertarikh sekian sekian antara jam 6-7 pagi”.

Pum! Hukuman dijatuhkan. Begitulah bunyinya. Saat itu hati banduan akhir yang sudah tahu ajal ini tidak mampu berbuat apa-apa. Matanya hanya dipenuhi dengan tangisan. Tangan terkulai layu. Kaki tidak lagi mampu berdiri.

gantung2
Banduan akhir akan diasingkan daripada banduan lain setelah mahkamah menjatuhkan hukuman.

Setiba sahaja di sel, banduan akhir ini diarahkan untuk mengemaskan segala barangnya dan diasingkan ke blok akhir. Bagi Sofea, hanya tinggal tidak sampai 10 jam untuknya menikmati nikmat udara, nikmat bercakap dan segala apa jua yang ada di atas dunia ini. Kerana pagi esok, dia akan menjadi tetamu Allah.

Cerita daripada warden dan ustaz yang pernah menjaga banduan akhir ini, sepanjang hari terakhirnya di atas tikar sejadah. Solatnya cukup panjang. Solat diganti solat, zikir beganti zikir. Memohon agar Allah menerima keampunan atas segala dosa yang pernah dilakukan. Matanya tidak pernah berhenti menangis. Saat itu, segala ungkapan yang hadir cukup ikhlas.

gantung3
Sofea ketika menjadi tetamu WHI

Kemudian, banduan akhir ini diberikan pilihan memilih apa jua makanan yang harganya tidak melebihi RM 7.50. Sebut sahaja. Namun menurut cerita pengawal penjara, tidak seorang pun banduan ini yang mampu menjamah makanan tersebut kerana ajalnya semakin tiba. Waktu berlalu begitu pantas. Dunia berputar laju.

Alangkah takutnya, gentarnya perasaan banduan akhir ini. Setelah hari dipenuhi dengan solat dan mengharapkan keampunan diterima, seusai sahaja solat subuh,banduan akhir diberikan peluang berjumpa dengan ahli keluarga buat kali terakhir.

Usai sahaja pertemuan singkat yang hanya diwarnai dengan air mata itu, banduan akhir ini dibawa ke tali gantung. Pomm.!! Tamat sudah riwayat seorang lagi hamba Allah yang menerima balasan di dunia. Allahuakbar.

gantung15

Semoga kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan dijemput dalam keadaan diri kita sudah bertaubat. Inshaallah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply