Cinta & Perhubungan

5 Cara Ringankan Beban dan Kesakitan Perpisahan

Perkongsian

Perpisahan. Tiada siapa yang mahukan perpisahan. Ungkapan perpisahan yang datangnya dari seorang kekasih atau pasangan, bagaikan keterpaksaan menelan pil yang pahit. Harus ditelan walau tidak merelakan. Tidak mampu lagi menolak dan hanya menerima dalam keperitan.

Jika perpisahan yang dipinta, tidak mungkin kita akan memaksa si dia untuk terus menerima kita. Tiada guna lagi untuk bersama kerana hatinya sudah beralih arah. Walaubagaimana hebat sekalipun kamu memperjuangkan hubungan bersama orang yang kamu cinta, bila saatnya terjadi perpisahan, maka kamu harus melepaskannya. Kadang-kadang, perpisahan itu sesuatu yang kamu harus terima, kerana ia juga mematangkan kamu sebagai orang dewasa.

Dan sebaliknya, jika kamu sendiri yang menginginkan perpisahan itu, pastikan kamu melakukannya dengan cara yang betul. Jangan sampai kamu tersilap langkah atau cara sehingga perpisahan itu menjadi sesuatu yang terlalu menyakitkan. Awas! Ia boleh membawa kepada dendam!

Jika ingin berpisah dengan seseorang, lakukan dengan bijaksana dan profesional. Pengakhiran sebuah hubungan dengan cara betul boleh menghasilkan perpisahan yang tidak meninggalkan banyak persoalan.

image

Ingatlah, dia adalah orang yang pernah kamu cintai. Kamu berdua pernah terlibat dalam satu hubungan yang penuh perasaan. Tetapi, jika kamu fikirkan bahawa hanya perpisahan merupakan jalan keluar yang terbaik, sekurang-kurangnya buatlah dengan cara yang terbaik buat kali terakhir. Memutuskan hubungan melalui SMS atau Whatsapp rasanya bukan cara yang terlalu baik. Diingatkan, tanpa bertentang mata pasangan kamu tidak dapat memikirkan perkara yang sama dengan kamu. Perbezaan pendapat dan fikiran akan berlaku. Bukan masalah siapa yang bersalah atau siapa yang benar, tetapi kamu berdua tidak akan menemui penjelasan sebenar jika tidak berjumpa dan berbincang. Usahakanlah untuk menurunkan egomu untuk kali ini, berjumpa dan berbincang dengannya.

Mungkin memutuskan hubungan melalui teks/telefon membuatkan kamu lebih selesa kerana tidak perlu bertentang mata dengannya. Namun secara tidak langsung kamu telah menunjukkan bahawa kamu tidak memiliki empati terhadap si dia yang pernah berkongsi rasa denganmu.

image

Jangan biarkan egomu menguasai diri. Jika kamu ingin mengakhiri hubungan dengannya, lakukanlah dengan elegan. Tidak menjadi satu kesalahan kamu mengambil langkah ini jika kamu rasakan tiada gunanya lagi hubungan kamu ini. Memang memutuskan hubungan melalui pesanan teks adalah cara yang paling mudah. Tetapi, biarlah sekurang-kurangnya buat kali terakhir ini, jangan biarkan egomu yang menjalankan tugasan itu. Berilah sedikit ruang kepada perasaanmu yang sebenar untuk berbicara. Seburuk-buruk hubungan kamu berdua, kena ingat kamu berdua pernah menjadi pasangan yang dicemburui, disegani, dihormati, dipuji, malah dicontohi ramai pihak. Kemesraan kamu berdua sebelum ini, rasanya tidak mungkin dilupakan begitu saja dan memutuskan hubungan melalui pesanan teks akan memusnahkan segalanya!

Pastikan kamu melakukannya dengan cara yang betul supaya si dia tidak menyimpan kenangan hitam mengenai hubungan kamu berdua.

image

Membuat pilihan untuk menjalin hubungan dengan seseorang bermakna pasanganmu itu merupakan aspek terpenting dalam kehidupanmu. Jika kamu mampu untuk berfikir bahawa sudah tiba masanya untuk kamu berpisah, maka tidak mustahil untuk kamu lakukan sesuatu yang bermakna buat kali terakhir dalam hubungan kamu. Walaupun kamu boleh menyampaikannya melalui pesanan teks, ia tidak bermakna kamu patut melakukannya. Memutuskan hubungan melalui pesanan teks secara tidak langsung membuktikan bahawa hubungan kamu selama ini tidak pernah bermakna bagi kamu.

Sebuah hubungan sepatutnya disulami dengan kejujuran dan kepercayaan. Bagaimana kamu mengatasi masalah, bagaimana sikap dan tindakan kamu ketika bersamanya, akan menjadi penentu bagaimana hubungan kamu berdua akan berakhir. Jika perpisahan berlaku dengan cara baik, maka hubungan baik selepas berpisah masih boleh diteruskan. Jadi tidak akan berlaku pergaduhan atau bermasam muka andai berjumpa di majlis yang sama. Jalinkanlah hubungan yang baik dengan sesiapa saja termasuk bekas pasangan. Tak salahkan? Siapa tahu, suatu hari nanti kamu berdua menjadi business partner!

Hargai perasaan pasanganmu dan buat keputusan yang bijak setelah kamu berdua duduk berbincang. Itulah perkara terbaik yang akan kamu lakukan buat kali terakhir dalam perhubungan kamu.

image

Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidupmu, membuat pilihan yang terbaik tetap menjadi keutamaan. Tidak kira sama ada berkaitan dengan pekerjaan yang disukai atau hubungan yang tidak berjalan lancar dan kamu memilih untuk mengakhirinya. Ia akan memberi kesan terakhir yang mungkin memberi tanggapan sesuatu orang terhadap kamu. Hargai perasaan pasanganmu dan diri kamu sendiri. Walaupun perpisahan adalah sesuatu yang paling tidak diinginkan, namun pemikiran orang dewasa tidak akan membiarkan ego mereka berdiam diri terlalu lama dan secara tidak langsung akan menghapuskan segala rasa kasih dan sayang yang pernah mereka bina selama ini.

Akhirnya kamu berpisah jua. Bagaimana untuk menghapuskan segala kenangan yang ada?

image

Selama hubungan kamu berdua, pasti banyak yang dikongsi bersama. Barang-barang hadiah, berhibur bersama, membeli belah bersama, atau mungkin pin ATM juga dikongsi bersama. Adalah lebih baik kamu terus menyimpan kenangan itu. Tidak perlu kamu menceritakan segalanya mengenai hubungan kamu kepada semua orang. Mereka tidak perlu tahu segalanya mengenai hubungan kamu. Memang menjadi kebiasaan kita berkongsi kegembiraan atau sesuatu yang menarik tentang perhubungan kita dengan orang lain. Tapi, ada juga masanya kita perlu tahu batas perkongsian tentang hubungan dan kehidupan kita.

Sebaik-baiknya kamu terus menjaga hubungan baik dengan kawan-kawan dan ahli keluarganya. Andai sudah berpisah secara rasmi, unfollow dan unfriend semua akaun media sosialnya. Rasanya, bukan lagi sesuatu yang perlu dilakukan untuk mengenang bahawa kamu pernah menjalin hubungan bersama. Lagipun, jika sudah unfriend akaun media sosial si dia, kamu pun hilang keinginan untuk stalk kan?

Hubungi dia jika kamu rasakan hatimu sudah tenang dan sudah bersedia. Jika belum bersedia untuk menjalinkan semula silaturrahim, jangan paksa hati kamu. Melainkan kamu sudah bersedia untuk bersama kembali kerana dikhuatiri jika dipaksa, kamu akan membawa bersama rasa hati kamu yang pernah kamu berdua lalui ke dalam hubungan yang baru dibina semula nanti.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply