Semasa Viral

6 Mukasurat Al-Quran Hilang di Parit Buntar !

Perkongsian

2

PARIT BUNTAR – Misteri kehilangan dua muka surat ayat suci AlQuran di Masjid Hijau, Kampung Kedah pada hari Ahad yang lalu tidak terhenti disitu. Petang semalam pengerusi masjid, Ahmad Abdul Hamid dan Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar, Khairul Nizam Mat Nor mengesahkan ada tambahan 6 muka surat daripada AlQuran yang sama turut ghaib.

Setelah pendedahan 2 muka surat AlQuran yang hilang dibuat oleh Naib Kadi PAPB, orang ramai terutamanya penduduk setempat hadir menyaksikan sendiri peristiwa aneh itu. Satu kejadian pula berlaku apabila beberapa orang jemaah wanita mendapati tambahan ayat AlQuran turut hilang daripada naskhah yang sama ketika mengikuti kuliah Asar.

“Perkara itu dimaklumkan kepada Khairul Nizam yang kebetulan hadir memberi ceramah kuliah Asar di situ ketika itu. Setelah semakan teliti dibuat, beliau mengesahkan jumlah keseluruhan ayat AlQuran hilang daripada naskhah itu sebanyak lapan muka surat,” katanya kepada media hari ini.

Sementara itu, Khairul Nizam ketika ditemui menegaskan potongan ayat al-Quran daripada lapan muka surat ‘ghaib’ merupakan ayat 32 hingga 49 Surah At-Thur, ayat 1 hingga 26 Surah An-Najmi, Surah Az-Zariyat (ayat 7 hingga 51, Surah Al-Qamar (ayat 7-49) dan dua surah asal didakwa hilang iaitu Surah Ar-Rahman (ayat 41-78) dan Surah Al-Waqiah (ayat 1-16). Dia juga meminta Mohamad Khori untuk mengenalpasti jumlah sebenar mukasurat AlQuran yang hilang kerana takut dirinya tersalah tafsir.

“Namun, Mohamad Khori mengesahkan hanya dua muka surat sahaja hilang sewaktu dia menyemak AlQuran itu beberapa kali pada Ahad lalu. Demi kepastian, saya berulang kali menyemak naskhah AlQuran terbabit dan jumlah ayat AlQuran hilang memang bertambah,” katanya.

Menurut beliau, Pejabat Agama Islam Parit Buntar mengambil berat tentang isu ini dan senaskah AlQuran itu kemudiannya diambil untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK). Kejadian aneh ini juga telah dimaklumkan kepada Timbalan Pengarah JAIPK, Haris Fadzillah Abdul Halim.

“Bagi saya, kejadian ini sebenarnya satu petanda penting peringatan Allah SWT bahawa umat Islam di seluruh negara perlu kembali mengimarahkan al-Quran di dalam jiwa mereka. Salah satu potongan ayat AlQuran hilang menceritakan kejadian besar pada hari kiamat dan kita perlu mengambil iktibar kejadian ini untuk kembali bertaubat dan mengikuti ajaran Islam sebenar,” katanya.

Tambahan beliau lagi, pihaknya menjangka kemungkinan bahawa itu adalah satu tanda peringatan daripada Allah S.W.T selain kemungkinan berlaku masalah pencetakan ketika naskah AlQuran itu diterbitkan.

Mohamad Khori pula mengakui sangat terkejut apabila dimaklumkan berlaku penambahan kehilangan enam muka surat AlQuran pada naskah yang sama.

“Pada Ahad lalu, saya mengakui beberapa kali menyemak semula setiap helaian muka surat pada naskhah AlQuran itu dan mendapati hanya dua muka surat hilang. Kini, helaian muka surat ‘ghaib’ semakin bertambah dan saya benar-benar takut serta insaf dengan kejadian tersebut,” katanya lagi.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply