Hiburan

Alhamdulillah, Ning Baizura Dan Suami Rancang Mahu Ke Tanah Suci

Perkongsian

KUALA LUMPUR: Siapa yang tidak kenal pada penyanyi Malaysia, Ning Baizura yang terkenal dengan lagu Awan Terpilu. Beliau dan suami, Omar Sharif Christopher Layton Dalton, merancang untuk mengerjakan umrah dua tahun lagi, sempena sedekad perkahwinan mereka. Berkahwin dengan lelaki mualaf, Ning berkata dirinya amat bersyukur apabila Omar turut bersedia dan terbuka hati untuk sama-sama mengerjakan ibadat berkenaan bersama-samanya.

Seperti yang dilaporkan laman portal Berita Harian, menyambut ulang tahun kelapan perkahwinannya dengan lelaki terbabit pada 31 Januari lalu, Ning yang juga ibu kepada Ryan Sky Dalton, 3 tahun, memberitahu BH Online, memang menjadi impiannya untuk sama-sama ke Tanah Suci bersama suami tercinta.

“Dua tahun lagi tempoh yang ada bagi membuat persiapan untuk ke sana juga bererti usia perkahwinan kami genap 10 tahun. Ia cukup membahagiakan saya.

“Biasalah, dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Bagaimanapun kami berusaha untuk terus mengukuhkan rumah tangga kami. Ia juga proses yang lebih mematangkan kami berdua. Insya-Allah, Tuhan akan membantu mereka yang tidak pernah berputus asa.

“Dialah cinta dunia akhirat saya. Sepanjang bergelar suami isteri, memang tiada gaduh-gaduh besar pun. Suami saya juga pernah berkahwin sebelum ini dan dia jenis lelaki yang ‘cool’. Memang tidak ada masa hendak cemburu buta. Kami sangat menyokong di antara satu sama lain. Kehadiran anak pula memang melengkapkan lagi kebahagiaan kami,” katanya.

Ning turut memberitahu, sebagai persediaan ke Tanah Suci, mereka berdua mendalami ilmu agama menerusi ustaz yang datang mengajar di rumah.

“Dua tahun ini juga menjadi ruang untuk saya dan suami memperbetulkan kelemahan yang ada, termasuk dalam bab agama,” kata Ning.

Alhamdulillah, semoga perjalanan Ning Baizura dan suami ke tanah suci diredhai. Amin.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply